Iran bidas pentadbiran AS kerana tingkatkan sekatan 


Presiden Iran, Hassan Rouhani membidas pentadbiran Amerika Syarikat pada perhimpunan agung PBB.– Gambar EPA, 26 September, 2019.

PRESIDEN Iran menolak untuk mengadakan pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump walaupun terdapat usaha daripada negara Eropah untuk mengurangkan ketegangan berikutan AS sekali lagi meningkatkan tekanan terhadap negara itu.

Presiden Perancis Emmanuel Macron bertemu dengan rakan sejawatnya dari AS dan Iran sejak dua hari lalu di Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), dalam cubaaannya untuk mengatur pertemuan bersejarah dan berharap agar dapat mengurangkan risiko peperangan di Timur Tengah.

Namun Presiden Iran, Hassan Rouhani, pada perhimpunan agung PBB berkata, beliau enggan berunding selagi AS kekal mengenakan sekatan ekonomi.

“Saya mahu umumkan maklum balas terhadap rundingan di bawah sekatan adalah negatif,” kata Rouhani.

Beliau turut menolak untuk bergambar dengan Trump, yang disifatkanny asebagai lakonan sebagaiana yang dilakukan dalam pertemuan dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un.

“Bergambar kenangan sepatutnya di fasa akhir rundingan, bukannya yang pertama,” katanya.

Beliau turut meragui keikhlasan pentadbiran Trump untuk berunding, dan menuduh pihak AS mengenakan “sekatan paling teruk dalam sejarah” terhadap Iran. 

“Bagaimana orang boleh percaya dengan mereka yang membunuh sebuah negara, dan memberi tekanan kepada kehidupan 83 juta rakyat Iran, terutamanya wanita dan kanak-kanak, dialu-alukan oleh pegawai kerajaan Amerika?”

“Negara Iran tidak akan sekali-kali lupa dan memaafkan jenayah dan penjenayah ini,” katanya. – AFP, 26 September, 2019.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen