278 titik panas di tanah ahli RSPO


Chan Kok Leong

Titik panas itu berada dalam tanah ahlinya daripada jumlah keseluruhan titik panas berjumlah 73,508 meliputi kawasan seluas 3.2 juta hektar. – Gambar EPA, 20 September, 2019.

278 daripada jumlah keseluruhan titik panas yang dikesan di Indonesia dan Malaysia berada dalam ladang syarikat ahli Roundtable on Sustainable Palm Oil (RSPO), kata ketua pengarah eksekutifnya.

Darrel Webber berkata 278 titik panas itu berada dalam tanah ahlinya daripada jumlah keseluruhan titik panas berjumlah 73,508 meliputi kawasan seluas 3.2 juta hektar.

Walaupun, jumlah itu hanya membentuk 0.38% daripada keseluruhan titik panas dan boleh dianggap kecil, RSPO berkata mereka serta merta memandang berat kebakaran-sengaja atau tidak- yang berlaku itu.

“Kami akan mengambil tindakan diperlukan terhadap ahli RSPO yang didapati sengaja memulakan kebakaran atau cuai dalam pelaksanaan keselamatan untuk menghalang atau memadamkan titik merah secepat mungkin,” kata Webber lagi.

Dilaporkan yang RSPO sedang menyiasat dakwaan yang syarikat yang mempunyai persijilan RSPO juga terkait dengan kebakaran hutan yang kini berlaku di Indonesia sehingga menyebabkan jerebu melanda Sarawak dan sebahagian Semenanjung Malaysia.

Daripada empat syarikat Malaysia yang dikaitkan dengan pembakaran itu, TDM Plantation Sdn Bhd, Sime Darby Plantion Bhd dan Kuala Lumpur Kepong Bhd (KLK) adalah ahli RSPO di bawah kategori penanam kelapa sawit sementara IOI Corporation berada dalam kategori syarikat pemproses dan peniaga minyak sawit.

Sejumlah 120 syarikat Malaysia adalah ahli RSPO. – 20 September, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen