Sokongan untuk PAS di Selangor menurun 8%, menurut kajian IDE


Kemerosotan sokongan terhadap PAS tidak bermakna pengundi telah membuat keputusan mengalihkan sokongan mereka kepada Pakatan Harapan (PH) atau Umno. – Gambar fail The Malaysian Insight, 12 September, 2019.

SOKONGAN terhadap PAS di Selangor telah merosot kepada 8% berbanding undi popular diperoleh parti itu dalam pilihan raya umum tahun lepas iaitu 15%, menurut hasil tinjauan yang dibuat oleh Institut Darul Ehsan (IDE).

Pengurus Kanan Penyelidikan IDE Khairul Arifin Mohd Munir berkata kemerosotan sokongan terhadap PAS tidak bermakna pengundi telah membuat keputusan mengalihkan sokongan mereka kepada Pakatan Harapan (PH) atau Umno. 

“Senario semasa menunjukkan mereka lebih cenderung memerhati perkembangan semasa dalam menentukan sokongan politik pada masa akan datang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.  

Dapatan hasil tinjauan itu dibuat menjelang majlis Sabtu ini apabila parti Islam itu akan menandatangani piagam kerjasama jangka panjang bersama Umno.

Tinjauan ini diadakan dari 12 hingga 14 Julai. – 12 September, 2019.

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen