Bekas menteri pengajian tinggi Shafie Salleh meninggal dunia


Shafie Mohd Salleh meninggal dunia pada pukul 9.30 pagi tadi akibat komplikasi dalam perut. – Gambar Facebook, 11 September, 2019.

BEKAS menteri pengajian tinggi Shafie Mohd Salleh, 73, meninggal dunia di Hospital Selayang pagi ini.

Menurut Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Ahmad Sabri Saad, Allahyarham yang juga merupakan ketua pengakap negara meninggal dunia pada pukul 9.30 pagi tadi akibat komplikasi dalam perut.

“Jenazah sedang dimandi dan dikafankan di Hospital Selayang. Solat jenazah akan diadakan di Masjid Al-Makmur, Kampung Ginching, Salak Tinggi Sepang selepas Zuhur ini seterusnya dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran,” katanya.

Allahyarham meninggalkan isteri Mizan Adilah Ibrahim dan tiga orang anak.

Selain pernah memegang jawatan menteri pengajian tinggi, Allahyarham juga pernah dilantik sebagai ketua pusat Penyelidikan, Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) selama lima tahun dan kemudiannya dilantik sebagai setiausaha bahagian, Kementerian Sumber Manusia dan juga setiausaha penyelidikan di bahagian Analisis Dasar Pusat Kajian Pembangunan Malaysia di bawah Jabatan Perdana Menteri. – Bernama, 11 September, 2019.
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen