Jawatankuasa baharu percepat kelulusan pelaburan, kata Guan Eng


Ragananthini Vethasalam

Jawatankuasa Pelaburan Kebangsaan (NCI)  setakat ini meluluskan projek bernilai RM2.2 bilion, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng. – Gambar fail The Malaysian Insight, 29 Ogos, 2019.

PUTRAJAYA sedang meneliti untuk mempercepatkan proses permohonan pelaburan dan menarik pelaburan berteknologi serta bernilai tinggi melalui Jawatankuasa Pelaburan Kebangsaan (NCI), kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

NCI akan dipengerusikan oleh Lim dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Darell Leiking, dan setakat ini meluluskan projek bernilai RM2.2 bilion.

“Yakinlah bahawa jika anda ada pelaburan, bawa ke jawatankuasa dan kita akan cepatkan proses,” katanya pada forum NCCCI National Economic hari ini.  

Lim berkata birokrasi dan proses yang lembab adalah perkara utama yang akan ditangani untuk menarik masuk pelaburan terutamanya ketika berlaku perang perdagangan antara China dan Amerika Syarikat.

“Jawatankuasa yang dipengerusikan saya dan Darell Leiking adalah tanda kesungguhan kerajaan menarik pelaburan berkualiti tinggi yang akan mewujudkan peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia,” katanya.

“Mesyuarat pertama diadakan semalam dan jawatankuasa telah meluluskan tiga projek bernilai RM2.2 bilion.” – 29 Ogos, 2019.   

Berita penuh di sini.              


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen