Khairy tak gembira Najib jadi penasihat BN


Ragananthini Vethasalam

Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddinantara pemimpin Umno yang paling awal menggesa supaya Najib meletak jawatan sebagai presiden parti selepas BN kalah dalam pilihan raya umum Mei tahun lalu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 10 Julai, 2019.

PELANTIKAN Najib Razak sebagai pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional tidak disambut dengan gembira oleh Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin.

“Tiba-tiba saya saya tak gembira dengan kedudukan sekarang,” kata bekas ketua Pemuda Umno itu secara ringkas ketika diminta oleh pemberita untuk mengulas mengenai pelantikan Najib di lobi Parlimen, hari ini.

Pelantikan Najib diputuskan sebulat suara dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN, umum Setiausaha Agung parti, Tengku Adnan Tengku Mansor semalam.

Bekas perdana menteri itu kini sedang dibicarakan bagi pertuduhan jenayah pecah amanah, pengubahan wang haram dan salah guna kuasa berkaitan SRC International.

Ahli Parlimen Pekan itu juga berdepan tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berkaitan skandal 1MDB.

Khairy antara pemimpin Umno yang paling awal menggesa supaya Najib meletak jawatan sebagai presiden parti selepas BN kalah dalam pilihan raya umum Mei tahun lalu. 

Beliau senada dengan bekas setiausaha agung BN, Nazri Aziz yang berkata pelantikan Najib akan menghalang Umno untuk bangkit semula.

Ahli Parlimen Padang Rengas itu hari ini menyifatkan pelantikan tersebut sebagai “regresif” kerana BN kalah pada PRU14 ketika dibawah pimpinan Najib. – 10 Julai, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen