Beberapa pembaharuan ditangguh kerana tekanan dalaman, kata timbalan menteri 


Sheridan Mahavera Yeoh Cheong Ee

Dr Ong Kian Ming dalam sebuah forum hari ini menjawab kritikan yang mengatakan kerajaan tidak mempunyai keinginan politik untuk melakukan beberapa pembaharuan pada tahun pertama. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 28 Jun, 2019.

TEKANAN dalaman dan luaran telah menghalang keupayaan Pakatan Harapan untuk membuktikan pembaharuan politik seperti dijanjikan dalam manifesto, kata timbalan menteri hari ini.  

Dr Ong Kian Ming dalam sebuah forum hari ini menjawab kritikan yang mengatakan kerajaan kurang keinginan berpolitik untuk melakukan beberapa pembaharuan pada tahun pertama.

Ini termasuk pembatalan undang-undang yang pernah digambarkan sebagai penindasan seperti Akta Rahsia Rasmi dan Akta Hasutan atau pindaan Akta Ordinan Keselamatan (Langkah Khas), kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

PH juga dikritik kerana mengambil keputusan untuk mengkaji semula ratifikasi Konvesyen Antarabangsa Penghapusan Diskriminasi Kaum (ICERD) dan menjadi rakan kongsi penuh Mahkamah Jenayah Antabarangsa (ICC).

Ong menambah, tekanan dari kuasa politik yang lebih besar telah menekannya untuk menunda ratifikasi ICERD dan Statut Rom.

Pada masa sama, tekanan dalaman seperti dari Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen memaksa kerajaan meletakkan pelan untuk membenarkan kira-kira 150,000 pelarian di negara ini agar mereka dapat bekerja dan mendapatkan penjagaan kesihatan. – 28 Jun, 2019.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen