Korea Selatan dapat lampu hijau tubuh pejabat konsular di Danang, Vietnam 


Korea Selatan akan menjadi negara keempat di Vietnam yang memiliki pejabat konsular di bandar peranginan popular selepas China, Rusia dan Laos.– Gambar EPA, 20 Jun, 2019

VIETNAM telah memberi lampu hijau kepada satu cadangan Korea Selatan untuk menubuhkan konsulat jeneral di Danang, lapor agensi berita Yonhap memetik kenyataan Kedutaan Korea Selatan di Vietnam pada Khamis.

Korea Selatan akan menjadi negara keempat di Vietnam yang memiliki pejabat konsular di bandar peranginan popular selepas China, Rusia dan Laos, menurut kedutaan itu.

Kelulusan rasmi berhubung perkara itu diperoleh pada Isnin.

Seoul telah meminta kerajaan Vietnam berdasarkan kelulusan satu perubahan organisasi di kementerian luar yang diluluskan Perhimpunan Kebangsaan pada Mac.

Konsulat baharu Danang dijangka dibuka sebelum akhir tahun ini.

Danang terkenal sebagai destinasi percutian di Korea Selatan dan kira-kira sejuta rakyat Korea berkunjung ke bandar itu setiap tahun, menurut data kerajaan. – Bernama, 20 Jun, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen