Undi DAP supaya ekonomi Sandakan hidup kembali, kata Shafie


Sandakan dahulu sebuah bandar yang hidup dan pernah digelar "little Hong Kong" pada 1960-an, kata Ketua Menteri Sabah Mohd Shafie Apdal. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 8 Mei, 2019.

ZAMAN gemilang ekonomi Sandakan yang pernah digelar “little Hong Kong” pada 1960-an dahulu, kini tinggal kenangan berikutan harga barangan melambung tinggi dan salah laku kerajaan lama, kata Ketua Menteri Sabah Mohd Shafie Apdal hari ini.

DAP katanya, perlu mempertahankan kerusi parlimen itu supaya ekonomi Sandakan kembali gemilang seperti dahulu.

“Sandakan adalah sebuah bandar yang hidup dan dikenali sebagai ‘little Hong Kong’. Ada banyak aktiviti di sini.

“Tetapi lama-kelamaan, kian mati. Banyak kedai hampir tutup. Ini disebabkan kesan ekonomi, kenaikan harga dan kesilapan rejim lama,” Shafie memberitahu pemberita selepas meninjau pasar di Sandakan hari ini.

Turut mengiringi beliau ialah calon DAP bagi PRK Sandakan, Vivian Wong, penasihat DAP Lim Kit Siang dan Naib Presiden Warisan Sabah Jaujan Sambokong.

Ketua menteri itu berkata kerajaan di bawah pimpinan Warisan mempunyai pelbagai rancangan untuk merancakkan kembali ekonomi Sandakan.

Antaranya ialah penanaman sayur-syuran secara besar-besaran. Langkah ini akan mengurangkan harga sayuran di pasaran tempatan. – 8 Mei, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen