Putrajaya perlu dedahkan kos sebenar lawatan Najib ke White House


PUTRAJAYA perlu dedahkan kos lawatan Perdana Menteri Najib Razak ke White House, kata pemimpin pergerakan masyarakat sivil.

Mereka juga mempersoalkan niat di sebalik lawatan yang berlaku esok itu.

Dalam kenyataan bersama dikeluarkan lima pergerakan masyarakat sivil itu, mereka mengatakan rakyat Malaysia berhak mengetahui berapa banyak dana awam dibelanjakan oleh perdana menteri kepada perunding bagi memastikan lawatan itu berjaya dilakukan.

“Kami terpegun dengan masa lawatan itu, dan bagaimana ia dirancang sebegitu baik, selepas lawatan Setiausaha Negara AS Rex Tillerson ke Kuala Lumpur bulan lepas.

“Berkenaan hal ini, kami mendesak supaya apa sahaja wibawa yang masih tinggal di saat-saat akhir ini untuk PM Najib Razak menjawab soalan yang sudah lama dikemukakan rakyat Malaysia mengenai dana yang didakwa dirompak daripada 1MDB, dan mengeluarkan laporan 1MDB daripada OSA (Akta Rahsia Rasmi) sebelum dia berlepas ke Amerika Syarikat.

“PM Najib, kami desak anda untuk tidak menganggap rakyat Malaysia sebagai bodoh dan bertanggungjawab ke atas rompakan besar-besaran dana awam ini,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu ditandatangani bersama Cynthia Gabriel (Center to Combat Corruption and Cronyism), Ivy Josiah (Proham), Faribel Fernandez ( Pusat Komas), Sevan Doraisamy (Suaram) dan Lawyers for Liberty.

Walaupun mempersoalkan mengapa Najib diberikan layanan istimewa itu, mereka mengatakan yang jemputan itu tidak mengejutkan.

“Presiden Trump menunjukkan kegemarannya kepada pemimpin jenis autoriti yang keras, dan tambahan pula, dia mempunyai persamaan dengan PM Najib dalam siasatan DoJ kerana dia juga didakwa terlibat berhubungan dengan Rusia pada kempen presiden 2016.

“Mereka berdua memecat pegawai undang-undang tertinggi yang menyiasat mereka, hanya untuk terus kekal berkuasa,” kata kenyataan itu.

Jabatan Kehakiman Negara AS (DoJ) melancarkan siasatan jenayah kepada 1MDB dan menangguhkan saman sivil yang dilakukan sejak dua tahun lepas bagi merampas aset bernilai lebih AS$1 bilion (RM4.3 bilion).

Dalam kes sivil itu, DoJ mendakwa antara 2009 dan 2015, lebih daripada AS$4.5 bilion milik 1MDB dipindahkan oleh pegawai atasan syarikat pelaburan negara itu yang turut melibatkan rakan subahat mereka.

Pada Jun, DoJ memfailkan satu lagi saman untuk merampas aset bernilai AS$540 juta termasuklah kapal layer Equanimity berharga AS$165 juta dimilik Low dan hak filem “Dumb and Dumber to”.

Siasatan AS adalah sebahagian usaha antarabangsa untuk mengesan berapa banyak wang daripada dana  pembangunan 1MDB bernilai AS$6 bilion itu dilesapkan atau terlibat dalam penggubahan wang haram.

“Jika PM Najib dan pasukannya berharap untuk mengetepikan siasatan jenayah 1MDB yang sedang berlangsung mendakwanya sebagai dangkal, mereka perlu memikirannya kembali. Kerana terbukti DoJ beroperasi tanpa pengaruh atau pendapat White House- malah Trump sendiripun tidak boleh membebaskan dirinya daripada kesnya sendiri (siasatan pengaruh Rusia),” kata kenyataan itu lagi. – 11 September, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen