Syarikat kapal beralih ke Singapura, tinggalkan Pelabuhan Klang


Dua syarikat perkapalan besar, United Arab Shipping Company dan CMA CGM Perancis mengalihkan operasi dari Pelabuhan Klang ke Singapura di bawah perjanjian baharu. – Gambar fail EPA, 11 September, 2017.

BEBERAPA syarikat perkapalan utama telah mengalihkan operasi mereka dari Pelabuhan Klang ke Singapura di bawah perjanjian baru, memberi cabaran kepada Malaysia untuk menjadi teraju dominan di sepanjang Selat Melaka, lapor The Straits Times Singapura.

Data yang dikumpul daripada sumber Northport dan Westport, dua pengendali di Klang, menunjukkan selepas hampir empat tahun peningkatan jumlah muatan, pengendalian kargo turun sebanyak 8.4% pada suku kedua pada tahun ini kepada 3 juta TEUs. Ia susulan pertumbuhan mendatar pada suku pertama sebanyak 0.9%.

Westports, yang menguasai tiga perempat daripada kapasiti keseluruhan Klang, “yang kini kekal  menerajui kapasiti 2017 mungkin menurun 7% hingga 12%”, dan prospek tahun hadapan kekal “suram”, kata penganalisis UOB-Kay Hian, Kong Ho Meng sebagaimana dilaporkan akhbar itu.

Impak terbesar perjanjian ini terhadap Pelabuhan Klang adalah kehilangan jumlah pemindahan (transshipment) – barang yang disimpan sebelum dihantar ke destinasi akhir – daripada dua syarikat gergasi United Arab Shipping Company (UASC) dan CMA CGM daripada Perancis. Ia berkemungkinan mencecah sehingga 2 juta TEU setahun.

UASC yang kini bergabung dengan Hapag-Lloyd dari Jerman, menjadikannya sebahagian daripada perjanjian perkapalan The Alliance, sementara CMA CGM adalah syarikat terbesar dalam pesaingnya Ocean Alliance.

Kedua-dua kumpulan, yang mengendalikan hampir separuh kapasiti penghantaran dunia, memulakan menyusun semula pada April, mengakibatkan lebih separuh daripada operasi bagi Asia-Eropah di Klang dipindahkan ke Singapura, kata pegawai industri.

Kebanyakannya adalah perkongsian dengan Beijing, namun Ocean Alliance – termasuk syarikat China, Cosco Shipping, pemain keempat terbesar di dunia – membuat perubahan besar dari Klang ke terminal PSA Singapura pada April.

CMA CGM dan Cosco secara asasnya ditarik ke Singapura kerana kedua-duanya mempunyai pelaburan besar di sana. PSA menyaksikan kenaikan 9.6% pada suku kedua kepada 8.5 juta TEU.

Beijing dan Kuala Lumpur telah membincangkan infrastruktur pengangkutan bersama di Malaysia, seperti pelancaran projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) bernilai RM55 bilion pada bulan lepas yang akan dibina dan dibiayai oleh China.

Projek itu akan menghubungkan Pelabuhan Klang ke Pelabuhan Kuantan yang menghadap Laut China Selatan, yang dikatakan oleh Perdana Menteri Najib Razak sebagai “laluan perdagangan alternatif” ke Singapura.

“Hanya Pelabuhan Kuantan yang mempunyai ekuiti China setakat ini kerana ia juga membantu tuntutan Beijing terhadap Laut China Selatan. Pelan infrastruktur lain sama ada tidak diambil kira atau hanya pinjaman, atau lebih buruk, hanya syarikat China memperoleh urus niaga pembinaan,” kata bekas pengerusi Pelabuhan Klang Lee Hwa Beng memberitahu The Straits Times.

Tersenarai sebagai di antara 20 pelabuhan utama di dunia, Klang merupakan salah satu daripada dua iaitu Tanjung Pelepas yang mengalami penurunan volum pada separuh pertama tahun ini.

Kelembapan itu menambah kebimbangan terhadap lebihan bekalan berikutan rancangan pelabuhan mega yang disokong oleh China di Malaysia, seperti Gateway Gateway bernilai RM43 bilion dan Pulau Carey yang terletak di luar Klang.

Namun, kerajaan Malaysia menegaskan jumlah kargo akan meningkat apabila negara mengukuhkan hubungan dengan selatan Thailand dan Sumatera.

“Hanya jumlah transshipment turun sedikit, tetapi jumlah tempatan meningkat. Kita dapat melihat pertumbuhan yang kukuh di Malaysia, terutama pengeluaran ekonomi kita,” kata Menteri Pengangkutan Liow Tiong Lai pada Isnin lepas. – 11 September, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen