Muez Abdul Aziz pengerusi baharu SSM 


Watikah pelantikan telah diserahkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Saifuddin Nasution Ismail kepada Muez Abdul Aziz (dua dari kiri) di pejabatnya hari ini. – Gambar Facebook, 11 Februari, 2019.

KETUA Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Muez Abdul Aziz dilantik sebagai pengerusi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang baharu, berkuat kuasa 9 Januari lalu.

SSM, dalam satu kenyataan, berkata Muez menggantikan Jamil Salleh yang bersara wajib pada 8 Januari lalu.

Menurut kenyataan itu, pelantikan Muez adalah bagi tempoh dua tahun iaitu sehingga 2021.

SSM berkata watikah pelantikan telah diserahkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Saifuddin Nasution Ismail kepada Muez di pejabatnya hari ini. – Bernama, 11 Februari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen