Turki keluar 102 waran tangkap suspek cubaan rampasan kuasa 2016


Rakyat Turki menyambut ulang tahun kedua kegagalan cubaan rampasan kuasa yang berlaku pada 15 Julai 2016, yang didalangi oleh Pertubuhan Pengganas Fetullah Gulen (Feto). – Gambar fail EPA, 11 Januari, 2019.

PEJABAT Pendakwa Raya Turki pada Jumaat mengeluarkan waran tangkap kepada 102 suspek atas dakwaan mempunyai kaitan dengan Pertubuhan Pengganas Fetullah Gulen (Feto), dalang di sebalik rampasan kuasa yang gagal pada 2016, lapor agensi berita Anadolu.

Sejumlah 50 waran tangkap dikeluarkan Pejabat Pendakwa Raya Istanbul terhadap suspek yang dipercayai berkomunikasi dengan anggota Feto menerusi telefon. 

Sementara sebanyak 52 lagi waran tangkap dikeluarkan Pejabat Pendakwa Raya di wilayah selatan Adana.

Pasukan keselamatan melancarkan operasi serentak di 20 wilayah untuk menahan suspek.

Feto dan pemimpinnya Fetullah Gulen, ulama yang berpusat di Amerika Syarikat melancarkan rampasan kuasa pada 15 Julai 2016, menyebabkan 251 orang terkorban dan hampir 2,200 lagi cedera.

Ankara menuduh Feto bertanggungjawab ke atas kejadian itu untuk menggulingkan kerajaan dengan menyusup ke dalam beberapa institusi khususnya tentera, polis dan kehakiman. – Bernama, 11 Januari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen