3 pelajar maut dalam rumah tumpangan di Korea Selatan


TIGA pelajar sekolah menengah Seoul ditemui maut manakala tujuh lagi cedera dan tidak sedar diri di sebuah rumah tumpangan di timur laut Korea Selatan, Selasa, memetik sumber polis dan anggota bomba.

Dua daripada mangsa yang cedera dilaporkan kritikal.

Semua mangsa ditemui kira-kira 1.12 petang waktu tempatan (0412 GMT) di bandar Gangneung di wilayah Gangwon.

Pelajar berkenaan dikatakan sedang mengikuti lawatan selepas menamatkan ujian untuk memasuki kolej, menurut agensi berita Xinhua.

Pihak berkuasa bomba berkata ketika ditemui mangsa dalam keadaan lemah, muntah-muntah dan mulut berbuih.

Tahap kepekatan karbon monoksida di tempat kejadian ialah 155 per juta (ppm), melebihi bacaan standard iaitu 20 ppm. – Bernama, 18 Disember, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen