Pertikaian maritim dengan Malaysia satu ujian, kata penganalisis Singapura


Julia Yeow

Menteri Pengangkutan Singapura Khaw Boon Wan menuduh Malaysia secara sebelah pihak dan sewenangnya meluaskan wilayah maritimnya di Johor. – Gambar fail The Malaysian Insight, 12 Disember, 2018.

KETEGANGAN antara Malaysia dan Singapura dalam pertikaian wilayah maritim boleh jadi semakin teruk susulan pemimpin republik itu berhasrat mencabar apa yang dilihat sebagai tindakan provokasi yang sengaja dilakukan Putrajaya, kata penganalisis.

Kedua-dua negara saling mengeluarkan kenyataan dalam nada keras sejak sepanjang minggu lalu, dengan Singapura memberi amaran secara nipis, akan menggunakan kekerasan jika Malaysia enggan menarik balik kapalnya dari perairan yang dipertikaikan.

Pertelingkahan itu tercetus apabila Malaysia meluaskan had di salah satu pelabuhannya, dengan Singapura mendakwa langkah itu menceroboh wilayah perairannya di Tuas.

Singapura kemudian membuat beberapa bantahan diplomatik terhadap peluasan itu, dan mendakwa antara 24 November dan 5 Disember, kapal kerajaan Malaysia melakukan 14 pencerobohan ke kawasan yang dipertikaikan itu.

Putrajaya bertegas mengatakan garisan baharu itu dalam perairannya dan berkata kapal-kapalnya akan kekal di situ sehingga pertikaian itu diselesaikan.

Dalam satu kenyataan yang keras dikeluarkan pada 6 Disember, Menteri Pengangkutan Singapura Khaw Boon Wan menuduh Malaysia “secara sebelah pihak dan sewenangnya” meluaskan wilayah maritimnya di Johor.

“Agensi keselamatan kami akan terus meronda di kawasan itu dan bertindak terhadap aktiviti tidak sah di darat. Setakat ini mereka bertindak dengan sekatan terhadap tindakan agresif oleh kapal kerajaan Malaysia.

“Tetapi Singapura tidak boleh membiarkan kedaulatan kami dilanggar, atau fakta baharu dicipta. Maka, jika perlu, kami tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap pencerobohan dan aktiviti tidak sah di perairan kami untuk melindungi wilayah dan kedaulatan kami,” katanya. – 12 Disember, 2018.

Baca berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen