Ritual sufi dan manisan ceriakan Maulid di Timur Tengah


Ahli tarikat sufi mempersembahkan tarian zikir sempena kelahiran Nabi Muhammad di Lubnan. – Gambar AFP, 20 November, 2018.

DARI ritual sufi di Kurdistan Iraq, dengan tubuh bergerak mengikut alunan dram, sehingga kanak-kanak Libya yang mendapat hadiah mainan dan orang-orang Mesir bertukar-tukar manisan - umat Islam di seluruh dunia hari ini merayakan kelahiran Nabi Muhammad.

Hampir 1,450 tahun selepas Muhammad dilahirkan di Mekah, umat Islam Sunni merayakan ulang tahun kelahiran nabi itu dengan acara warisan dan tradisi baru hari ini, sebelum beberapa hari menjelang tarikh yang diiktiraf mazhab Syiah.

Di bandar Benghazi, Libya, perayaan itu berlangsung sejak lewat semalam dengan anak-anak mencuba pakaian baru dan mainan plastik di bawah lampu berwarna-warni.

Bangunan-bangunan di sekeliling perayaan itu ditandai dengan lubang-lubang yang pernah ditembusi peluru dan bekas bom - memori ganas yang masih dapat dilihat sejak tahun 2011 sejak kekalahan Muammar Ghadafi - namun kegembiraan terserlah melebihi kenangan yang mengerikan itu.

Di Mesir, kedai-kedai manisan mempersiapkan pengantin tradisional “Mawlid (kelahiran),”  sebuah anak patung yang disediakan daripada gula-gula dan dihias dengan skirt kertas dan kain bermotif bunga.

 

 

Pemuda Mesir akan menghadiahkan patung gula-gula kepada pasangan mereka. - Gambar AFP, 20 November, 2018.

Menurut tradisi, anak patung itu mesti diberikan pemuda kepada pasangan mereka bersama dengan manisan tradisional lain yang dibuat dari buah kering, kacang dan nougat.

Dan di bandar utara Akra, Iraq, ritual sufi lebih penting.

Lelaki berpakaian seluar longgar, jaket yang hampir sama dan tali pinggang berdiri di sekeliling barisan dalam bentuk separa bulatan untuk ritual “zikir,” atau doa keagamaan.

Dengan alunan dram, mereka menggerakkan rambut panjang dan beralun mereka ke belakang dan ke depan dengan penuh asyik. – 20 November, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • Diverse and plural. Period.

    Dimuat naik 5 tahun yang lalu oleh C D · Ulasan