Tiada cukai keuntungan modal, harta warisan dalam Bajet 2019, menurut laporan


Kerajaan sedang mengkaji untuk mengenakan cukai ke atas pemain dalam talian. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 Oktober, 2018

KERAJAAN Pakatan Harapan tidak akan membentangkan cukai keuntungan modal dan harta warisan dalam pengumuman Bajet 2019 yang pertamanya pada 2 November, lapor The Star hari ini.

Menurut laporan itu yang memetik suber, cukai baharu yang dispekulasikan sejak minggu lalu, hanya akan diperkenal “dalam beberapa tahun lagi sekiranya dapat dilaksanakan”.

Sumber terbabit berkata, kajian implikasi ekonomi kedua-dua cukai berkenaan memerlukan masa untuk disiapkan, jadi mustahil kerajaan akan membuat keputusan ketika pembentangan bajet.

“Ktika kerajaan cuba meningkatkan lebih banyak pendapatan untuk menampung kekurangan pendapatan selepas pemansuhan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), tidak perlu terburu-buru untuk perkenal cukai baharu. 

“Saya rasa kerajaan juga faham perkara ini,” menurut sumber berkenaan. 

Kerajaan dilaporkan telah menubuhkan Jawatankuasa Pembaharuan Cukai bula lalu untuk mengkaji struktur cukai terkini dan insentif cukai, serta bagaimana untuk perluaskan dasar cukai. 

Minggu lalu, Putrajaya dilaporkan akan memperkenalkan cukai warisan harta, cukai soda dan modal untuk membantu menstabilkan kewangan negara dan menampung kehilangan pendapatan disebabkan pemansuhan GST yang diperkenalkan kerajaan Barisan Nasional sebelum ini. 

Ini diikuti dengan kenyataan Dr Mahathir Mohamad yang kerajaan mempertimbangkan untuk perkenal cukai baharu bagi membayar hutang negara berjumlah RM1 trilion walaupun langkah itu mungkin tidak popular bagi ramai pihak.

Pakat turut mempunyai pandangan berbeza berhubung pelan cukai baharu seperti cukai keuntungan modal yang biasanya dikenakan kepada pasaran saham yang mungkin tidak menggalakkan pada pelabur. 

Sumber itu memberitahu The Star cukai baharu yang akan diperkenalkan mungkin terhadap ekonomi digital dan insentif cukai. 

“Tidak akan ada “pengenalan dramatik” cukai digital, kata mereka, kerana ia akan menjadikan “penangguhan cukai jualan dan perkhidmatan sedia ada terhadap perniagaan dalam talian”, terutamanya kepada penyedia perkhidmatan kandungan digital luar negara. 

 “Mungkin dalam beberapa tahun lagi kerajaan akan perkenalkan cukai pendapatan pemain dalam talian sekiranya ia boleh dilaksanakan. Prosesnya akan lebih rumit. 

“Ianya masuk akal untuk kenakan cukai kepada perniagaan yang sama dengan perniagaan tradisional dan ia adil untuk melakukannya,” kata sumber itu kepada Star Online. 

Mereka juga berkata, sebarang perubahan kepada struktur insentif cukai akan “berkembang dalam beberapa tahun lagi”.

“Jawatankuasa pembaharuan cukai mahu mengesyorkan insentif cukai baharu yang mampu merangsang aktiviti sektor swasta. Cara yang terbaik untuk melakukannya adalah dengan memperkenalkan cukai insentif dan perniagaan inovatif di masa akan datang. 

“Ideanya adalah untuk memfokuskan kepada sektor bahar yang kerajaan mahu galakkan. Insentif yang tidak lagi diperlukan atau efektif perlu dihapuskan, katanya. – 15 Oktober, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen