2 lagi bangunan kediaman di KL dikenakan perintah berkurung
Seth Akmal
Dikemas kini 4 tahun yang lalu ·
Diterbitkan pada 7 Apr 2020 3:46PM ·
PUTRAJAYA mengeakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) terhadap dua bangunan kediaman di tengah ibu kota susulan beberapa kes Covid-19 yang dikesan di situ.
Sebanyak 15 kes positif dikesan di dua bangunan bersebelahan iaitu Malayan Mansion dan Selangor Mansion di kawasan Masjid India, yang sesak dan menjadi tumpuan ramai.
Minggu lalu, kondominium Menara City di ibu kota dikenakan PKPD selepas 17 kes dikesan di bangunan kediaman itu. – 7 April, 2020.
Anggota tentera membenarkan kakitangan perubatan masuk ke Selangpr Mansion di Kuala Lumpur. Bangunan itu salah satu daripada dua bangunan yang dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 7 April, 2020.
Seorang penduduk melihat bangunan kediamannya ditutup dari balkoni rumahnya di Malayan Mansion yang dikenakan PKPD. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 7 April, 2020.
Seorang penduduk bertanya soalan kepada seorang anggota tentera yang berkawal dia dua blok kediaman di kawasan Masjid India. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 7 April, 2020.
Anggota tentera melihat ahli farmasi memberikan ubat kepada seorang penduduk Selangor Mansion menerusi kawat duri. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 7 April, 2020.
Seorang wanita menunjukkan telefon bimbitnya kepada pegawai polis yang berkawal di bangunan kediamannya yang dikenakan PKPD. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 7 April, 2020.
Anggota tentera dan polis berkawal di depan bangunan Selangor Mansion bagi memastikan pematuhan terhadap PKPD yang dikuatkuasakan di situ susulan kes Covid-19. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 7 April, 2020.
Beberapa anggota tentera berkawal di Selangor Mansion bagi memastikan penduduk bangunan kediaman itu mematuhi perintah baharu yang dikenakan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 7 April, 2020.
Seorang lelaki memakai topeng muka melihat ke luar dari balkoni rumahnya di Selangor Mansion sementara pihak berkuasa memasang kawat duri di situ. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 7 April, 2020.
Pegawai perubatan membawa seorang lelaki menaiki ambulans di Selangor Mansion selepas lebih 10 kes Covid-19 dikesan di bangunan itu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 7 April, 2020.
Penduduk Selangor Mansion diarahkan berkurung di rumah masing-masing sementara orang luar turut tidak dibenarkan masuk ke bangunan berkenaan sepanjang PKPD. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 7 April, 2020.
Daftar atau log masuk di sini untuk komen.
Komen
Dimuat naik 4 tahun yang lalu oleh TS Indra Putra Putra · Ulasan