Semoga mendapat haji mabrur, wahai tetamu Allah


HARI ini umat Islam seluruh dunia meraikan kedatangan Aidiladha. Bagi jemaah haji, sambutan raya mereka kali ini pasti lebih istimewa kerana diraikan di tanah suci kota Mekah sebagai tetamu Allah.

Kira-kira dua juta umat Islam seluruh dunia mula berhimpun di Padang Arafah semalam bagi menyempurnakan ibadah haji mereka.

Dengan berpakaian ihram, jemaah haji kelihatan mendaki bukit dan mengambil kedudukan untuk mengerjakan ibadah sembahyang dan sunat lain di atas kawasan itu.

Arab Saudi mengerahkan lebih daripada 100,000 anggota keselamatan bagi menjaga keselamatan jemaah haji tahun ini. – 1 September, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen