Kisah cikgu bahasa Inggeris ‘Adiwiraku' filem terbaik FFM29


Tanpa barisan pelakon terkenal, filem “Adiwiraku”, diangkat dari kisah benar pelajar Melayu luar bandar yang tidak tahu berbahasa Inggeris dengan guru India, merangkul Anugerah Filem Terbaik Festival Filem Malaysia ke-29, malam tadi. – Gambar Twitter, 24 September, 2017.

FILEM “Adiwiraku” merangkul anugerah Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-29 (FFM29) malam ini.

Filem arahan Eric Ong itu turut meraih dua lagi anugerah mengetepikan empat filem lain yang turut dicalonkan kategori tersebut.

Anugerah yang turut diraih filem berkenaan adalah Anugerah Pelakon Wanita Terbaik oleh Sangeeta Krisnasamy dan Cerita Asal Terbaik oleh Jason Chong.

Filem “Adiwiraku”ini diangkat dari kisah benar yang mengisahkan tentang pasukan “choral speaking” Sekolah Menengah Kebangsaan Pinang Tunggal, Baling Kedah yang berjaya memenangi pertandingan itu pada 2015.

Sementara itu, filem yang mengangkat tema penghidap autisme “Redha”  meraih empat anugerah iaitu Pelakon Lelaki Terbaik (Nam Ron), Pelakon Kanak-Kanak Terbaik (Harith Haziq), Pelakon Wanita Harapan (June Lojong) dan Pengarah Harapan, Tunku Mona Riza.

Anugerah Pengarah Terbaik dirangkul oleh Dain (Dain) Iskandar Said melalui filem “Interchange”.

FFM29 turut menyaksikan penerbit dan pengarah terkenal Yusof Haslam dinobatkan sebagai Karyawan Sepanjang Zaman.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Salleh Said Keruak dan isteri Raya Erom hadir sebagai tetamu kehormat. Turut hadir Ketua Setiausaha kementerian Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad dan Ketua Pengarah FINAS Fauzi Ayob.

Sebanyak 24 anugerah dipertandingkan pada FFM29 yang bertemakan “Transformasi Citra Karya” kali ini dan festival ini disiarkan secara langsung dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra.

Berikut merupakan senarai penuh pemenang FFM29:

1. Filem Terbaik:  Adiwiraku           

2. Pengarah Terbaik: Dain Iskandar Said (Interchange)           

3. Pelakon Wanita Terbaik: Sanggeeta Krisnasari (Adiwiraku)           

4. Pelakon Lelaki Terbaik:  Nam Ron (Redha).           

5. Penyunting Terbaik: Nazim Shah (J Revolusi)          

6. Penataan Seni Terbaik: Zaharah Nakibullah (Interchange)          

7. Pelakon Kanak-Kanak Terbaik: Harith Haziq (Redha)           8. Pelakon Wanita Harapan: June Lojong (Redha)            

9. Pelakon Lelaki Harapan:  John Tan (You Mean The World To Me)        

10. Pengarah Harapan: Tunku Mona Riza (Redha)         

11. Skor Muzik Terbaik: Koon Wei Gee (You Mean The World To Me)         

12. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Diana Daniele (Hanyut)        

13. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Shaheizy Sam (Interchange)        

14. Cerita Asal Terbaik: Jason Chong        

15. Anugerah Khas Juri 1: Desolasi        

16. Anugerah Khas Juri 2: Shuttle Life        

17. Anugerah Khas Juri 3: Pekak         

18. Lakon Layar Terbaik: You Mean The World To Me.         

19. Penggiat Belakang Tabir: Johan Ariffin Ibrahim       

 20. Karyawan Sepanjang Zaman:  Yusoff Haslam        

21. Anugerah Filem Box Office : Abang Long Fadil 2        

22. Kostum Terbaik : Hanyut        

23. Penataan Bunyi Terbaik : Hanyut        

24. Sinematografi Terbaik : Interchange – Bernama, 24 September, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen