Timbalan speaker tegur ahli Parlimen berbual ketika sesi bahas


Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Ramli Mohd Nor menegur beberapa ahli Parlimen yang berbual ketika sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 25 Oktober, 2023.

TIMBALAN Yang Dipertua Dewan Rakyat Ramli Mohd Nor menegur beberapa ahli Parlimen yang berbual ketika sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 hari ini.

Ramli membuat teguran itu selepas ada ahli Parlimen dilihat berborak serta berbual menggunakan telefon bimbit yang disifatkannya tidak menghormati ahli Parlimen lain yang sedang berbahas.

Ketika Fathul Huzir Ayob (PN-Gerik) sedang berbahas, Ramli menegur seorang ahli Parlimen kerana menjawab panggilan telefon bimbit dan ‘sibuk’ berbual menggunakan peranti itu.

“Sampai sini (tempat duduk Yang Dipertua) saya boleh dengar (perbualan)...kalau mustahak sangat, keluarlah (dari dewan). Kita hormatlah orang yang tengah bagi ucapan (berbahas),” katanya.

Terdahulu Ramli turut menegur beberapa Ahli Parlimen kerana berbual sesama sendiri dan tidak memberikan fokus ketika Mordi Bimol (PH-Mas Gading) sedang berbahas. – Bernama, 25 Oktober, 2023.


Sign up or sign in here to comment.


Comments