Mongolia keluar amaran gelombang haba


Sebahagian besar kawasan di Mongolia kini mengalami gelombang haba yang dijangka berlarutan sehingga akhir minggu ini. – Gambar AFP, 21 Jun, 2023.

SEBAHAGIAN besar kawasan di Mongolia kini mengalami gelombang haba yang dijangka berlarutan sehingga akhir minggu ini, menurut agensi pemantau cuaca negara itu pada Selasa.

Suhu melebihi 30 darjah Celcius terutama di timur dan wilayah selatan Gobi, menurut agensi itu.

Suhu tertinggi dijangka mencecah 38 darjah Celsius pada Khamis di Khanbogd soum wilayah selatan Umnugovi.

Hujan di Mongolia dijangka berkurangan manakala suhu purata di seluruh bahagian di negara itu dijangka meningkat, menurut agensi cuaca. – Bernama21 Jun, 2023.


Sign up or sign in here to comment.


Comments