Lebih 31,600 orang maut dalam gempa bumi di Turkiye


Gempa bumi kuat yang menggegarkan selatan Turkiye pada 6 Februari lalu menyebabkan sekurang-kurangnya 31,643 orang terbunuh. – Gambar AFP, 13 Februari, 2023.

SEKURANG-KURANGNYA 31,643 orang terbunuh dalam tragedi gempa bumi kuat yang menggegarkan selatan Turkiye pada 6 Februari, lapor Agensi Anadolu.

Lebih 238,459 anggota kini berada di lapangan untuk menjalankan misi mencari dan menyelamat (SAR), menurut Pengurusan Bencana dan Kecemasan Turki (AFAD) dalam satu kenyataan.

Hampir 158,165 orang dipindahkan setakat ini.

Kementerian Luar Turki hari ini memaklumkan sejumlah 9,793 kakitangan asing dari 74 negara terlibat dalam misi SAR itu. 

Sebanyak 155,379 khemah didirikan untuk menempatkan mangsa yang terselamat, menurut AFAD.

Selain itu, 170 helikopter, 76 pesawat dan 26 kapal turut dihantar ke lokasi terjejas bagi membantu misi SAR. – Bernama, 13 Februari, 2023.


Sign up or sign in here to comment.


Comments