Lapan cedera dalam kebakaran penjara di Tehran


Kebakaran yang berlaku di penjara Evin di Tehran. – Gambar Facebook, 16 Oktober, 2022.

SEKURANG-kurangnya lapan cedera dalam kebakaran di penjara Evin di  Tehran, lapor Sputnik memetik agensi berita IRNA.

“Tiada kematian dilaporkan dalam insiden itu kecuali lapan orang cedera,” menurut petugas perkhidmatan  ambulans pada malam Sabtu.

Media Iran sebelum itu melaporkan satu kejadian letupan kuat berlaku di penjara Evin yang menyebabkan kebakaran.

IRNA melaporkan penduduk di situ mendengar sekurang-kurangnya empat letupan.

Kebakaran tercetus di bengkel jahitan berpunca daripada konflik antara beberapa banduan yang disabitkan dengan jenayah kewangan dan mencuri.

Menurut agensi berita Fars, pegawai penjara berjaya memadamkan kebakaran. – Bernama, 16 Oktober, 2022.


Sign up or sign in here to comment.


Comments