Tidak perlu lapor polis, kata Mejar Zaidi selepas ditampar


Looi Sue-Chern

Bekas mejar TUDM, Zaidi Ahmad ditampar hari ketika cuba mendapatkan penjelasan dalam demonstrasi di Pulau Pinang. – Gambar fail The Malaysian Insight, 26 Mei, 2017.

MEJAR Zaidi Ahmad, bekas anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), yang ditampar semasa demonstrasi di luar masjid awal hari ini berkata yang dia hanya bertanya kepada pemimpin bantahan itu untuk menjelaskan dakwaannya terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang.

Zaidi, yang merupakan pegawai maklumat Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata pemimpin bantahan itu menuduh kerajaan negeri masuk campur dalam urusan fatwa sewaktu demonstrasi itu.

Jadi dia mendekati ketua demonstarsi itu, Pengerusi Jalinan Muslimin Pulau Pinang Mohamed Hafiz Mohamed Nordin, dan bertanyakan fatwa manakah yang didakwanya kerajaan negeri masuk campur.

“Dia sedang berceramah, menuduh negeri menghalang fatwa. Saya tanya fatwa mana satu. Dia tidak boleh jawab.

“Penyokongnya tiba-tiba menampar saya,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Kejadian itu berlaku di luar masjid Simpang Enam berhampiran Komtar selepas solat Jumaat hari ini, Zaidi berkata polis, termasuk beberapa pegawai cawangan khas, masuk campur untuk menghalang peristiwa itu daripada berlanjutan.

Katanya lagi dia diminta beredar tetapi dia mahu terus berada di situ untuk mendengar ceramah itu.

“Hanya ada sedikit penyokong, Ramainya ialah orang awam yang berdiri dan memerhati.

DAP memimpin pentadbiran Pakatan Harapan di Pulau Pinang. Lim, yang merupakan setiausaha agung DAP juga menjadi sasaran bantahan itu.

“Mereka kata yang ketua menteri tidak boleh menghadiri acara buka puasa, kecuali dia masuk Islam. Itu tidak betul,” katanya.

Zaidi berkata yang dia menunggu sehingga bantahan itu tamat untuk berjumpa Hafiz sekali lagi dan bertanyakan soalan sama.

“Dia masih tidak mahu jawab. Apa sahaja isu yang dia ada dengan kerajaan negeri, dia sentiasa boleh berhubung untuk berbincang.

“Kita sentiasa boleh berbincang dengan beradab,” kata bekas juruterbang jet pejuang itu, yang mula dikenali dan dianggap sebagai hero selepas dia membuat laporan polis berkaitan dengan dakwat kekal yang digunakan dalam pilihan raya lepas.

Zaid berkata dia tidak merancang membuat laporan polis kepada peserta demonstrasi yang menamparnya.

“Tak perlu. Dia orang tua berusia lebih 60 tahun,” katanya.

Ditanya tentang perasaanya dan sekiranya serangan itu yang berlaku sehari sebelum bulan suci orang Islam, Ramadhan bermula mengejutkannya, dia membalas: “Biasa la.”

Hafiz- seorang yang selalu muncul dalam demonstrasi beragenda Islam- dilaporkan berkata yang Zaidi terlebih dahulu memprovokasi kumpulannya.

“Dia sentuh saya, menyebabkan yang lain mula menolaknya ke tepi. Tiada siapa tahu apa yang dia akan lakukan kepada saya sekiranya orang lain tak buat begitu. Kami akan memikirkan sama ada akan buat laporan polis tentang kejadian ini.”

Peristiwa Zaidi ditampar hari ini ialah kejadian terbaru melibatkan orang ditampar kerana tiada persetujuan.

Sebelum ini, pelawak Sulaiman Yassin, yang lebih dikenali sebagai Mat Over, menampar penerbit filem David Teo sewaktu dialog TN50 dengan penggiat seni pada 17 Mei, yang dihadiri Perdana Menteri Najib Razak. – 26 Mei, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen