Inflasi: Pengguna lebih waspada berbelanja menjelang Aidilfitri, kata peniaga


Khoo Gek San

Menurut kerajaan, inflasi masih terkawal disebabkan subsidi petrol biarpun ketika harga minyak dan nilai mata wang susut hingga menyebabkan harga barangan lebih mahal. – Gambar fail The Malaysian Insight, 25 April, 2022.

PENGGUNA dilihat berbelanja secara berhati-hati menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri susulan berlakunya inflasi terhadap barangan makanan seperti daging lembu dan makanan laut, kata peniaga.

“Walaupun ramai keluar untuk membeli daging lembu menjelang sambutan Aidilfitri, namun mereka membelinya dalam kuantiti sedikit,” kata penjual daging lembu Khairul Anwar Ab Majid.

Beliau berkata walaupun umat Islam teruja menyambut 1 Syawal selepas pandemik Covid-19, namun mereka lebih berhati-hati.

“Sebelum ini, ada pernah membeli 10kg daging lembu tetapi kini mereka hanya mampu membeli 3kg,” katanya.

“Ini lebih teruk berbanding semasa perintah kawalan pergerakan (PKP).”

Menurut Khairul, harga daging lembu tempatan dan import secara amnya meningkat 20% hingga 30% berikutan kos pengangkutan yang lebih tinggi.

Walaupun ramai keluar untuk membeli daging lembu menjelang sambutan Aidilfitri, namun mereka membelinya dalam kuantiti sedikit, kata peniaga, Khairul Anwar Ab Majid. – Gambar fail The Malaysian Insight, 25 April, 2022.

“Kos mengimport daging dari Australia, Indonesia dan Thailand kini lebih tinggi berikutan kenaikan harga minyak. Beberapa barangan import meningkat lebih daripada 50%.”

“Rusuk daging lembu yang dahulu berharga RM38 sekilogram kini RM60 sekilogram,” kata Khairul.

Selain kenaikan harga minyak, Khairul berkata penyusutan nilai Ringgit juga menyebabkan barangan import lebih mahal.

Selepas berlegar di sekitar julat 4.22, Ringgit jatuh ke paras terendah dengan 4.32 sejak Mei 2020 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat disebabkan dasar Rizab Persekutuan AS yang lemah berbanding mata wang yuan China.

Tahun ke tahun, Ringgit menyusut 3.8% berbanding dolar AS, sekali gus menyumbang prestasi teruk serantau.

Berbanding mata wang lain, ringgit juga lemah berbanding dolar Singapura (SGD) kepada serendah 3.1664 pada Jumaat, serta berbanding yen Jepun (kepada 3.3771 berbanding 3.3435) dan pound Britain (kepada 5.6156 berbanding 5.603).

Beliau berkata walaupun umat Islam teruja menyambut 1 Syawal selepas pandemik Covid-19, namun mereka lebih berhati-hati. – Gambar fail The Malaysian Insight, 25 April, 2022.

Namun ketika harga minyak dan nilai mata wang susut hingga menyebabkan harga barangan lebih mahal, kerajaan berkata inflasi masih terkawal disebabkan subsidi petrol dan lain-lain.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, inflasi meningkat 2.2%, terutamanya didorong makanan dan minuman bukan alkohol .

“Daging lembu import menjadi sangat mahal. Orang dulu cakap makanan laut ini mewah. Ini sama untuk rusuk lembu,” kata peniaga daging lembu itu.

Malah, Khairul berkata gaji domestik tidak meningkat, menyebabkan kuasa membeli lebih rendah. – 25 April, 2022.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen