China rekod hampir 3,400 kes baharu Covid-19


Sebanyak 3,400 kes baharu Covid-19 dilaporkna di China hari ini yang merupakan jumlah jangkitan dua kali ganda daripada hari sebelumnya. – Gambar EPA, 12 Mac, 2022.

PIHAK berkuasa kesihatan China melaporkan hampir 3,400 kes Covid-19 hari ini yang merupakan jumlah jangkitan dua kali ganda daripada hari sebelumnya.

Peningkatan kes itu memaksa mereka menutup kawasan panas virus ketika negara itu berdepan dengan wabak paling teruk dalam tempoh dua tahun.

Lonjakan kes di seluruh negara menyaksikan pihak berkuasa menutup sekolah di Shanghai dan melaksanakan perintah berkurung di beberapa bandar di timur laut ketika hampir 19 wailayah bertempur dengan kelompok varian Omicron dan Delta.

Bandar Jilin dilaksanakan perintah berkurung separa dengan ratusan kawasan kejiranan ditutup, umum seorang pegawai hari ini.

Manakala Yanji, kawasan bandar dengan hampir 700,000 bersempadan dengan Korea Utara ditutup sepenuhnya.

China, di mana virus itu mula dikesan pada akhir 2019 mengekalkan dasar “sifar Covid-19” yang ketat dikuatkuasakan dengan sekatan pantas, sekatan perjalanan dan ujian besar-besaran apabila kluster muncul.

Tetapi kemunculan terbaharu didorng oleh varian Omicron yang sangat mudah menular dan lonjakan dalam kes tanpa gejala mencabar pendekatan itu.

Zhang Yan, pegawai suruhanjaya kesihatan wilayah Jilin hari ini mengakui pendekatan mengekang virus oleh pihak berkuasa tempatan setakat ini kurang.

“Mekanisme tindak balas kecemasan di beberapa kawasan tidak cukup mantap, tidak cukup pemahaman tentang ciri varian Omicron,” katanya pada taklimat akhbar kerajaan.

Penduduk Jilin menyelesaikan enam pusingan ujian besar-besaran, kata pegawai tempatan.

Hari ini bandar itu melaporkan lebih 500 kes varian Omicron.

Bandar jiran Changchun - pangkalan perindustrian yang mempunyai 9 juta penduduk dikenakan peritah berkurung pada Jumaat.

Bandar kecil Siping dan Dunhua, kedua-duanya di wilayah Jilin ditutup pada Khamis dna Jumaat, menurut pengumuman rasmi. β€“ AFP, 12 Mac, 2022.


Sign up or sign in here to comment.


Comments