Lagi laporan polis terhadap pendakwah esok, kata NGO


Ravin Palanisamy

Selasa lalu, pendakwa Syakir Nasoha berkata petikan rakaman ceramahnya diambil di luar konteks. – Tangkap layar, 9 Oktober, 2021.

BEBERAPA lagi aktivis dan badan bukan kerajaan akan membuat laporan polis terhadap pendakwah Syakir Nasoha selepas lebih banyak video ceramahnya tular di media sosial, yang didakwa berbaur penghinaan kepada agama lain.

Global Human Rights Federation memberitahu The Malaysian Insight, laporan akan dibuat di beberapa negeri esok.

“Laporan akan dibuat di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor.

“Kami menjangkakan lebih banyak laporan polis akan dibuat terhadap pendakwah terbabit, berhubung dua video ceramahnya yang tular di media sosial,” kata presidennya S Shasi Kumar kepada The Malaysian Insight.

Katanya, dua video yang tular itu berbeza dengan video kontroversi sebelum ini, namun mendakwa pendakwah tersebut mengeluarkan kenyataan menghina agama lain.

Menurut Sashi, salah satu video dirakam tahun lalu, manakala satu lagi pada 1 Oktober. – 9 Oktober, 2021. 

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen