PM pilihan: Hisham, Khairy kalahkan Najib


Chan Kok Leong Noel Achariam

Dalam kaji selidik yang dijalankan pada Julai lalu membabitkan 3,000 responden, Najib Razak hanya memperoleh 20% undi. – Gambar The Malaysian Insight, 10 Mei, 2017.

NAJIB Razak ketinggalan di belakang sepupunya Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein dan menteri belia dan sukan sebagai perdana menteri akan datang, menurut kaji selidik dijalankan Parti Bersatu Pribumi Malaysia (Bersatu).

Kaji selidik yang dijalankan pada Julai lalu membabitkan 2,881 responden turut mendapati seorang daripada setiap tiga rakyat Malaysia (37.3%) memilih Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin sebagai pilihan pertama sebagai perdana menteri.

Najib hanya memperoleh 20% undi di belakang Hishammuddin (26.4%) dan Khairy Jamaluddin (23.3 %).

Pilihan kedua responden bagi perdana menteri ialah Pengerusi Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamed (35.9%) diikuti dengan Presiden PAS Abdul Hadi Awang (34.3%).

Responden diberi senarai 17 calon perdana menteri pilihan mereka.

Kajian itu dijalankan dengan mengenal pasti 23 kumpulan fokus untuk membincangkan isu yang berkaitan dengan rakyat biasa. Daripada 162 peserta, Biro Dasar dan Strategi Bersatu memformulasikan soalan kaji selidik.

Kaji selidik itu kemudian dijalankan menggunakan kaedah temu bual secara berdepan dengan 2,881 rakyat Malaysia di lebih 30 kawasan pilihan raya.

Responden terdiri daripada 52.2% lelaki dan 47.8% wanita berusia 21 tahun ke atas.

Sebanyak 23.1% responden dari kawasan bandar besar, 49.8% dari kawasan bandar, 19.8% dari pedalaman dan 7.2% dari kawasan penempatan seperti Felda.

Sebanyak 67.6% responden ialah Melayu, Cina (23%), India (5.6%) dan Sabah dan Sarawak (3.7%).

Daripada segi tahap pendidikan, 25.4% responden mempunyai ijazah, diploma dan sijil (35.2%) sementara 39.4% berkelulusan SPM atau lebih rendah.

Kaji selidik itu dijalankan antara Julai hingga Ogos 2016, sebelum Bersatu ditubuhkan. – 10 Mei, 2017.


Sign up or sign in here to comment.


Comments