PENGURUS kanan Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) Md Shamsuri Md Isa dibawa di mahkamah untuk kali kedua hari ini selepas sebelum ini didakwa atas tuduhan pecah amanah membabitkan RM43,698.55.
Semalam, Shamsuri didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam dengan empat pertuduhan membuat tuntutan palsu sebanyak RM18,580 untuk rawatan kecantikan.
Hari ini, di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Shamsuri dituduh menyalahgunakan rawatan perubatan tanpa had untuk menjalani pembedahan Laparascopic Sleeve Gastractomy, yang tidak dilindungi oleh MAHB.
Beliau dituduh melakukan kesalahan itu di Pusat Perubatan Prince Court pada 19 Disember, 2015.
Shamsuri mengaku tidak bersalah.
Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Azura Alwi membenarkan Shamsuri diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin.
Mahkamah menetapkan 29 Mei untuk sebutan.
Shamsuri berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun, sebatan dan denda jika sabit bersalah. – 5 Mei, 2017.
Comments