Dua orang penyeludup senjata api yang ditahan polis bulan lepas sudah menyeludup senjata ke Malaysia sejak hampir setahun lepas seperti yang didedahkan siasatan polis.
Senjata yang diseludup dari sindiket di Selatan Thailand ke Kelantan dikatakan bernilai RM6,000.
Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar berkata yang senjata itu dibeli untuk diserahkan kepada ahli kumpulan pengganas di sini.
Suspek masing-masing berusia 24 dan 42 tahun itu ditahan pada 24 dan 25 Mac di Pasir Mas dan Kota Bahru, Kelantan. Salah seorang daripada mereka didakwa terlibat dalam perancangan untuk menyerang sebuah masjid Shia di Pulau Pinang.
Seorang lagi rakan subahat mereka berjaya 27 tahun berjaya melarikan diri dari polis ke selatan Thailand melalui Sungai Golok di sempadan Malaysia-Thailand.
Dia membawa bersama tiga senjata yang diseludup sebelum itu.
Khalid berkata yang senjata itu ialah 2 M4 Carbines, versi pendek senapang M16 dan sepucuk pistol.
Suspek yang masih bebas dikenali sebagai Muhammad Muzaffa Arieff Junaidi dari Kampung Gertak, Rantau Panjang, Kelantan.
Khalid menambah, yang dua suspek itu ialah antara enam yang ditahan Unit Pencegahan Keganasan dalam operasi yang berlaku selama sebulan.
Empat tangkapan lagi berlaku di Johor, Melaka, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Mereka yang ditangkap terlibat secara aktif mempromosikan agenda IS melalui 15 akaun Facebook sejak 2014.
Khalid berkata seorang lelaki tidak bekerja berusia 41 tahun sudah pergi ke Syria untuk menyertai IS sementara seorang lagi suspek wanita berusia 32 tahun, seorang pembantu jurutera di sebuah kilang di Johor, ditahan kerana mempromosi IS melalui aplikasi Google, Google Plus.
Di KLIA pula, polis menahan semula seorang pelajar kolej berusia 26 tahun yang sebelum itu dihantar pulang oleh Turki pada Febuari lepas kerana cuba memasuki Syria secara haram. Dia ditahan semula di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Dia meninggalkan Malaysia pada bulan Ogos lepas dan menunggu arahan selanjutnya daripada perekruit utama IS rakyat Malaysia Muhammad Wanndy Mohamed Jedi sebelum dia ditahan pihak berkuasa Turki.
Seramai 300 orang ditahan kerana terlibat dalam aktiviti IS sejak 2013 sementara 140 orang daripada jumlah itu didakwa di mahkamah atas pelbagai kesalahan jenayah. – 3 Mei, 2017
Comments