2 ‘pengikut Gulen’ warga Turki diculik di KL


Gerakan menahan mereka yang didakwa menyokong Gulen berlaku selepas cubaan rampasan kuasa gagal di Turki.–Gambar EPA, 3 Mei, 2017.

Dua orang rakyat Turki yang menetap di Malaysia, digambarkan sebagai “penyokong Gulen”, didakwa diculik di Kuala Lumpur.

Turkey Purge melaporkan yang Turgay Karaman, pengetua di Time International School di Ipoh, dan Ihsan Aslan, seorang ahli perniagaan, diculik di Kuala Lumpur semalam.

Karaman diculik lima lelaki di parkir kereta apartmennya manakala butiran penculikan Aslan masih tidak jelas.

Presiden Turli Recep Tayyip Erdogan mendakwa penceramah Islam yang menetap di Amerika Syarikat Fethullah Gullen bertanggungjawab mendalangi cubaan rampasan kuasa 15 Julai yang gagal lalu.

Bulan lepas, Turki menahan lebih daripada 1,000 orang dan menggantung jawatan lebih daripada 9,000 polis dalam serbuan besar-besaran kepada mereka yang didakwa menyokong Gulen.

Kedutaan Turki juga dilaporkan meminta pihak berkuasa Malaysia untuk menutup sekolah yang mempunyai hubungan dengan Gulen di negara ini.

Karaman menetap di Malaysia sejak 15 tahun lalu dan keluarganya memberitahu Globe Post yang mereka bimbang dia sudah diekstradisi ke Turki. – 3 Mei, 2017.


Sign up or sign in here to comment.


Comments