ANAK kepada bekas perdana menteri Najib Razak, Norashman dilihat hadir ke mahkamah bagi memberi sokongan kepada bapanya yang dijangka akan didakwa berhubung kesalahan engubahan wang haram berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad.
Namun kelibat isteri Najib, Rosmah Mansor tidak kelihatan.
Norashman tidak memberikan sebarang ulasan kepada media dan segera berjalan ke dalam mahkamah.

Bagaimanapun, Ahli Majlis Tertinggi Umno Lokman Noor Adam ketika ditemui berkata, bantahan “rasmi” masih belum bermula.
“Kami di sini untuk beri sokongan kepada Najib tetapi belum lagi. Kami akan mulakan pada 2.30 petang,” kata Lokman ketika ditemui.
Beberapa minit selepas ketibaan Najib, peguamnya Shafee Abdullah yang turut disiasat berhubung pengubahan wang haram hadir bersama pasukan pembelaannya.
Peguam yang mewakili Rosmah Mansor turut kelihatan di mahkamah. – 20 September, 2018
Komen
Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Mesoll Mohd · Ulasan