POLIS dinasihatkan agar menggunakan budi bicara apabila menangani suspek juvenil ekoran bantahan terhadap layanan buruk pihak berkuasa ke atas anak tiri arwah ketua pegawai eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn Bhd Nazrin Hassan.
Awal pagi ini, sekumpulan aktivis mengadakan bantahan di kompleks Mahkamah Petaling Jaya bagi menuntut hak kedua-dua remaja itu yang ditahan atas kaitan kes pembunuhan Nazrin, agar diberikan pelindungan selepas mereka digari dan memakai baju lokap.
“Daripada gambar yang disiarkan, suspek juvenil tidak perlu digari. Media juga tidak boleh mengambil mereka dan memberi butiran terperinci,” kata peguam jenayah Rajsurian Pillai.
Kedua-dua remaja lelaki itu, masing-masing berusia 14 dan 16 tahun, direman selama tujuh hari untuk membantu siasatan.
Mereka ditahan pada Sabtu dan direman sejak semalam.
Prosedur perundangan untuk menggari suspek juvenil bagaimanapun merupakan satu kebiasaan dan mengikut protokol, kata Rajsurian.
Suspek juvenil juga perlu menjalani proses reman seperti biasa tetapi perlu didakwa dan dibicarakan di mahkamah juvenil.
Kuala Lumpur mempunyai sebuah mahkamah juvenil.
Aktivis Children Hartini Zainuddin, yang mengetuai bantahan pada pagi ini, berkata kedua-dua suspek tidak wajar digari dan memakai baju lokap ketika dibawa ke mahkamah majistret.
Katanya tindakan itu melanggari kod Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) terhadap tahanan bawah umur.
Berita penuh di sini.
Komen