SEBUAH kumpulan mengadakan protes di perkarangan Mahkamah Petaling Jaya untuk menuntut hak dua anak tiri allahyarham ketua pegawai eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd yang kini ditahan dalam siasatan bunuh dilindungi.
Kumpulan itu terdiri daripada kawan-kawan, ahli keluarga dan aktivis hak kanak-kanak memegang sepanduk ketika protes senyap yang bermula jam 10 pagi tadi.
Aktivis Voice of the Children Hartini Zainuddin berkata kedua-dua remaja itu digari dan dipakaikan pakaian lokap ketika mereka dibawa ke mahkamah majistret yang melanggar peraturan tahanan kanak-kanak bawah umur dikeluarkan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
“Tiada keperluan untuk memalukan mereka. Saya di sini kerana saya dengar ada pencabulan (hak),” katanya.
“Jika anda lihat cadangan yang dibuat, ia sudah menyatakan: tiada gari, tiada pakaian penjara. Mereka perlu ubah semua itu,” katanya dipetik media. – 10 September, 2018.
Komen