DAKWAAN Muhammad Shafee Abdullah hari ini Dr Mahathir merupakan dalang yang memujuknya untuk mengetuai pendakwaan terhadap Anwar Ibrahim dalam kes Liwat II tidak diterima pengguna media sosial.
Malah, mereka mengecam peguam Umno itu kerana cuba memulakan persengketaan antara Dr Mahathir dan Anwar.
Shafee mengeluarkan kenyataan mendakwa Dr Mahathir yang memujuk perdana menteri ketika itu Najib Razak untuk memilihnya mengetuai pendakwaan terhadap Anwar.
Namun pengguna media sosial tidak mempercayainya.
Pengguna Facebook Jhon Tan mempersoalkan mengapa Shafee mengambilmasa yang lama untuk mendedahkan perkara ini.
“Orang yang tidak jujur ini ambil masa beberapa tahun untuk beri alasan ini,” kata Tan.
Dayang Fazrina Abang Yasir memberi amaran: “Ya betul Shafee, beritahu diri sendiri. Kata-kata anda hanya akan kembali kepada anda.”
Pengguna Facebook Iskandar Sham berkata Shafee mengambil masa bertahun untuk keluar dengan idea bagaimana untuk mulakan semula sengketa Mahathir-Anwar.
“Apa sahaja yang keluar dari mulut orang ini sama dengan apa yang keluar dari mulut Najib…pembohongan. Jika betul beliau tentu sudah dedahkan ketika Umno masih berkuasa, bukan sehingga bayaran didedahkan (oleh Jabatan Peguam Negara).

“Beliau sangat bertuah keluar dengan idea ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH). Ini sebabnya dia masih bebas,” tambah Iskandar.
Seorang lagi pengguna Facebook Thiruchelvam Thirunavukarasu mendakwa Umno yang mempergunakan Shafee sebagai lidah rasminya untuk cetuskan kebencian antara Dr Mahathir dan Anwar.
“Umno tidak akan berhenti sehingga mereka berjaya pecahkan Dr M dan Anwar. Itu strategi mereka untuk tumbangkan kerajaan PH sebelum PRU15. Saya harap pemimpin PH boleh nampak menerusinya (permainan),” katanya.
Sementara itu Thomas Daniel dan beberapa yang lain berkata tidak perlu lagi Shafee mengadakan cerita bagi pihaknya kerana rekod sudah menunjukkan dari mana datangnya wang berkenaan.
Afidavit yang ditandatangani oleh pegawai dari Jabatan Peguam Negara mendedahkan Shafee dibayar sebanyak RM9.5 juta untuk mendakwa Anwar. Afidavit itu diserahkan kepada Anwar pada Khamis.
Sementara itu, Shafee berata wang RM9.5 juta itu bukan bayaran untuk mendakwa Anwar sebaliknya adalah bayaran perundangan bagi kerja-kerja yang pernah dibuatnya untuk Umno dan Barisan Nasional dan upah perundangan 46 petisyen pilihan raya. – 8 September, 2018
Komen