REALITI politik termasuk menarik lebih ramai sokongan Melayu kepada Pakatan Harapan membentuk gerakan yang mengkritik Anwar Ibrahim untuk memberi perhatian terhadap kebajikan Melayu, kata penganalisis.
Mereka mengatakan kebimbangan Anwar tidak berasas dan bertujuan untuk meningkatkan reputasi pakatan pemerintah yang goyah di kalangan masyarakat terbesar di negara ini.
Dengan kajian menunjukkan sokongan Melayu terhadap Pakatan Harapan pada pilihan raya 9 Mei hanya 23% berbanding 45% untuk Barisan Nasional dan 32% untuk PAS, kerajaan baharu perlu berdepan cubaan Umno yang cuba untuk memulihkan partinya dengan memberi perhatian kepada golongan Melayu konservatif.
Penyelidik Ibrahim Suffian berkata Anwar berkemungkinan menyuarakan kebimbangannya berikutan tindakan oleh kerajaan baru-baru ini yang lebih inklusif, seperti pelantikan bukan Melayu ke jawatan utama, yang menyebabkan rasa kurang selesa kepada pengundi Melayu.
“Pandangan ini (memberi lebih perhatian kepada hak Melayu) adalah tidak popular dengan kebanyakan penyokong PH, sebagaimana yang boleh dilihat di ruangan komen artikel bahasa Inggeris, ia mungkin berasas dalam keputusan PRU,” kata Ibrahim dari Merdeka Centre for Opinion Research.
Walaupun memenangi Pilihan Raya Umum ke 14, PH hanya meraih satu pertiga sokongan Melayu, yang menjadikan kira-kira 60% daripada jumlah pengundi keseluruhannya,” kata Ibrahim yang juga pengarah program Merdeka Centre.
“Kebimbangan ini ditambah pula dengan kenyataan kerajaan baru-baru ini bahawa BR1M akan dikurangkan atau dimansuhkan. Ini akan menyebabkan tindak balas dalam kalangan pengundi, yang majoritinya adalah Bumiputera berpendapatan rendah.”
Daripada data Pilihan raya 9 Mei, kaji selidik itu menganggarkan sokongan Melayu terhadap kerajaan memerintah hanya sekitar 23% berbanding Barisan Nasional 45% dan 32% untuk PAS.
Kajian daripada satu lagi kaji selidik iaitu Ilham Centre mendapati, hanya 17% pengundi Melayu yang ditemubual mengundi PH pada PRU14, berbanding 46% kepada BN dan 35% kepada PAS.
Walaupun pilihan raya umum akan datang masih lima tahun lagi, PH akan mendapati ianya sukar untuk meningkatkan sokongan Melayu sekiranya pembaharuannya tidak menjana pertumbuhan ekonomi yang dimahukan atau menyelesaikan isu kos sara hidup yang sering menjadi rungutan pengundi Melayu.
Malah, menyelesaikan isu kos sara hidup, menunaikan janji pembaharuan dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi merupakan tiga perkara isu utama kepada pengundi Melayu menurut kajian Ilham Centre.
Sedikit sokongan tulen
Sejak kerjasama antara PAS dan Umno dilihat semakin rapat, PH perlu meningkatkan tawaran mereka kepada pengundi Melayu.
“Jadi kebimbangan (Anwar) itu berasas,” kata Ibrahim dari Merdeka Centre.
Selain itu, kata Ibrahim sekiranya PH terus dan mengubah had umur mengundi kepada 18 tahun, ia akan meningkatkan perkadaran pengundi Melayu daripada kira-kira 62% kepada hampir 70%.
Sokongan Melayu terhadap kerajaan PH adalah kurang daripada apa yang orang fikirkan, kata pemangku pengarah eksekutif Ilham Centre Mohd Azlan Zainal.
“Mengenai hak Melayu, terdapat kebimbangan dalam kalangan pengundi luar bandar di kebanyakan kawasan yang didominasi Umno.
“Apa yang disuarakan oelh Anwar adalah untuk Pakatan memfokuskan semula kepada usaha untuk mendapatkan lebih ramai sokongan Melayu dan kekal dengan apa yang sedia ada.”
Azlan berkata PH masih belum “menawan sepenuhnya” undi Melayu dan penerimaan Melayu terhadap pakatan itu masih “terlalu sedikit”.

“Secara umumnya, undi Melayu untuk PH tidak “tulen” dalam terma sokongan untuk perubahan pada skala besar.
“Ia lebih kepada penolakan kleptokrasi dan bantahan terhadap Najib Razak,” katanya merujuk kepada bekas presiden Umno dan perdana menteri kerajaan Barisan Nasional sebelum ini.
Azlan berkata di sesetengah daerah dan negeri, faktor Dr Mahathir merupakan penanda aras yang tidak boleh dipercayai. Pemimpin berusia 93 tahun itu dilihat pengundi Melayu sebagai pemangkin untuk menolak BN.
“Dalam seratus hari pertama pentadbiran menyaksikan peningkatan isu Melayu-Islam dan PH berada dalam situasi ‘tegang’ dalam usahanya untuk mendapatkan kepercayaan dalam kalangan orang Melayu.
“Sekiranya mereka gagal mengambi berat tentang perkara ini, PH berada dalam keadaan bahaya (untuk hilang kuasa).”
“PH juga perlu fokus dengan usaha menyelesaikan isu kos sara hidup yang dihadapi penduduk bandar berusia antara 40 hingga 60 tahun, yang kebanyakan mereka adalah Melayu.
Ia juga perlu menyelesaikan masalah yang dihadapi peneroka Felda, yang merupakan bank undi terbesar luar bandar dalam sekurang-kurangnya 54 kerusi Parlimen, kata Azlan. – 2 September, 2018
Komen
Pasti ada masaalah parti PKR yg berteraskan kepimpinan Melayu , tapi cuma mampu menarik kurang dari 30% pengundi bumiputera.
Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh [email protected] · Ulasan