Kerajaan akan bantu semua kaum, bukan Bumiputera sahaja, kata Anwar


K. Kabilan

Anwar Ibrahim dan Azmin Ali memperkatakan sesuatu pada Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara 2018 hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 1 September, 2018.

TINDAKAN afirmatif kerajaan akan meliputi seluruh rakyat Malaysia, dan tidak hanya tertumpu kepada kaum tertentu sahaja, kata Anwar Ibrahim.

Berucap pada majlis penutup Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara 2018 (KBN 2018) hari ini, Anwar berkata terdapat orang Melayu dan Bumiputera yang bimbang bahawa kerajaan Pakatan Harapan tidak akan menyediakan peluang kepada mereka.

Pada masa sama, orang bukan Bumiputera merasa bimbang disisihkan oleh kerajaan baharu PH.

“Tetapi kita mahu beritahu semua orang bahawa kita tidak akan abaikan sesiapa. Kita akan bantu setiap orang.

“Pelan affirmatif kita akan meliputi semua orang yang layak mendapat bantuan,” katanya.

Anwar juga berkata bahawa beliau sudah bertemu dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad bagi menyuarakan keperluan untuk kerajaan terus menjaga hak orang Melayu.

“Terdapat isu Perlembagaan yang kita tidak akan sentih. Isu-isu ini adalah berkaitan agama dan kaum, perkara membabitkan hak Melayu dan peranan Raja-raja Melayu.” – 1 September, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen