Orang Asli enggan mengalah, sedia bina sekatan baru 


Sheridan Mahavera

Aktivis suku Temiar di Ulu Kelantan sedia berdepan pihak berkuasa dalam mempertahankan tanah adat mereka yang didakwa diceroboh pembalak dan syarikat perladangan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 28 Ogos, 2018

MEREKA selamat daripada British, Jepun dan Komunis. Namun empat hari sebelum Merdeka, masyarakat Orang Asli Gua Musang menyaksikan sendiri sumber pencarian mereka dirampas oleh rakyat senegaranya. 

Namun ketika mereka tewas pada pertikaian terbaru untuk tanah adat mereka di Ulu Kelantan, aktivis dan penduduk kampung dari suku Temiar di kawasan ini tetap tegas. 

Mereka sedia untuk berdepan pembalak dan peladang yang didakwa mereka telah memusnahkan hutan yang menjadi tempat bergantung sejak berabad lamanya sehingga gak mereka untuk kawasan hutan itu diiktiraf. 

Aktivis daripada Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (JKOAK) berkata, ini adalah selepas pihak berkuasa bertindak merobohkan sekatan yag mereka bina sejak tujuh bulan lalu bagi menghalang peladang dan pembalak yang didakwa menceroboh tanah adat mereka. 

Aktivis JKOAK berkata mereka sedang mempertimbangkan untuk membawa perkara itu ke mahkamah atau mereka sedia untuk membina semula sekatan. 

Beberapa aktivis dilihat tidak berganjak daripada sekatan yang dirobohkan, menghalang jalan dengan rantaian perisai manusia.

Pengerusi JKOAK Mustafa Along sedia mempertimbangkan untuk membawa perkara itu ke mahkamah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 28 Ogos, 2018 

“Mereka telah memusnahkan tiang dan batang kayu, jadi sekarang kita akan bina sekatan dengan tubuh kita dan kita akan bertahan untuk 24 jam,” kata Nur Mohad Syafiq Dendi Abdullah, yang mengetuai aktivis JKOAK di sekatan Kaleg. 

Sekatan Kaleg itu mengganggu operasi peladangan yang didakwa oleh suku Temiar menceroboh tanah adat mereka. 

Konfrontasi tercetus antara aktivis Temiar dan pekerja syarikat ladang durian musang king, balak klon dan nenas.  

“Kami akan bertahan dengan perisai manusia ini sehingga kerajaan negeri mengiktiraf tanah adat kami. Kerana di Pos Simpor, hutan kami telah dimusnahkan dan bekalan air kai dicemari.” 

Sekatan Kaleg, bersama dengan Cawas dan Kegeg dirobohkan semalam oleh Jabatan perhutanan dan Pejabat Tanah dan Galian Gua Musang. 

Pegawai dari agensi ini memaklumkan aktivis, mereka bertindak di atas arahan kerajaan negeri, yang ditadbir oleh PAS. 

Pengerusi JKOAK Mustafa Along berkata, rangkaian itu akan mengadakan pertemuan tidak lama lagi bagi menentukan langkah tindakan seterusnya seelpas sekatan itu dimusnahkan. 

“Satu cara yang mngkin boleh dilakukan adalah membawa perkara ini ke mahkamah atau bina semula sekatan. Saya tidak menolak kemungkinan kita akan bina semula sekatan.”

Sedia berjuang sekali lagi

Di sekatan Cawas, semangat aktivis masih berkobar dan mereka sanggup membina semula sekatan mereka. 

“Saya sedia bina sekatan lain,” kata Adek Along, 54 dari Pos Bihai, salah seorang penduduk yang terkesan dengan pembalakan di hutan simpan Perias, Ulu Kelantan. 

Perkara itu disokong oleh seorang lagi penduduk Kenek Along, 35 yang berkata beliau sanggup berdepan proses memenatkan untuk membina dan mengekalkan satu lagi sekatan. 

Aktivis JKOAK perlu bekerja lebih keras memburu dan mendapatkan makanan bagi membolehkan keluarga mereka mempunyai bekalan makanan yang cukup seminggu untuk membolehkan mereka menjaga sekatan itu 

Kenek berkata beliau memilih untuk menyokong sekatan itu daripada bekerja dengan pendapata yang rendah di ladang berkenaan. 

“Kerana sekatan ini menghalang hutan daripada dimusnahkan. Kami bergantung kepadanya untuk mencari bekalan makanan dan untuk aktiviti agama kami. 

“Sekiranya hutan ini tidak dimusnahkan, saya dan keluarga serta anak cucu akan sentiasa mendapat daging yang cukup. Jadi saya sedia untuk buat sekatan lagi,” kata Kenek kepada The Malaysian Insight. 

Kene dan Adek merupakan dua aktivis yang bergilir menjaga sekatan Cawas. 

Di tempat mesyuarat sementara di Cawas, kira-kira 30 penduduk dari suku Temiar, semuanya veteran dalam sekatan itu, mendengar temu bual Kenek dan Adek dengan The Malaysian Insight. 

Ketika ditanya sama ada mereka bersedia untuk membina semula sekatan sekiranya ia dirobohkan semula, mereka jawab dengan yakin “YA!”.

 Aktivis JKOAK, Kenek Arong (kiri) dan Adek Along ketika ditemui di sekatan Cawas.– Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 28 Ogos, 2018

Separuh daripada sekumpulan 30 orang itu, kebanyakan mereka berusia antara lewat 40an dan 50an, merupakan veteran daripada sekatan 2016 yang dirobohkan menggunakan gergaji rantai. 

Dalam insiden itu, 43 aktivis ditahan polis namun dibebaskan dua hari kemudian. 

Putrajaya sebelum ini berkata akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri Kelantan dan masyarakat itu bagi menyelesaikan masalah tuntutan tanah antara suku Temiar, kerajaan negeri dan syarikat pertanian. 

Bagaimanapun, tiada sebarang perkembangan berhubung perbincangan itu selain pertemuan antara Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), JKOAK, Jabatan Perhutanan dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang dilantik kerajaan Kelantan. 

Mesyuarat itu tamat dengan JAKOA meminta aktivis bekerjasama dengan JKKK untuk membuat peta tanah adat yang mereka tuntut. 

Masalahnya ialah ketua kampung dan aktivis jarang bertemu, kata Nasir Dollah, bekas aktivis Jaringan Orang Asal Semalaysia (JOAS).

Aktivis menyalahkan ketua mereka kerana menggadai nasib suku mereka manakala ketua mereka mendakwa tuntutan JKOAK adalah tidak realistik.

“Kedua-dua kerajaan persekutuan dan negeri perlu membuat cara yang lebih baik untuk melantik ketua kampung yang benar-benar menghormati majoriti penduduknya.

“Tetapi pada penghujung hari, kerajaan Kelantan sepatutnya menunggu sehingga selepas perbincangan dengan kerajaan persekutuan sebelum memusnahkan sekatan.” – 28 Ogos, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • Dedahkan lagi. Kasihan mereka.

    Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Siti Fatimah · Ulasan