Jangan letak sasaran tinggi pada manifesto Pakatan, kata Tommy Thomas


Sheridan Mahavera

Rakyat perlu realistik kerana ia mungkin akan mengambil masa bertahun-tahun untuk berhasil, kata Peguam Negara Tommy Thomas. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 26 Ogos, 2018.

RAKYAT jangan meletak harapan terlalu tinggi terhadap perubahan yang dilakukan oleh Pakatan Harapan (PH) ke atas institusi negara kerana ia mungkin akan mengambil masa bertahun-tahun untuk membuahkan hasil, kata Peguam Negara Tommy Thomas.

Thomas berkata demikian berikutan perdebatan awam mengenai apa yang berjaya dan tidak dicapai oleh PH dalam 100 hari pentadbirannya.

Rakyat perlu lebih realistik dalam menilai pencapaian PH, iaitu menilai pada menjelang akhir mandat lima tahunnya dan bukan pada 100 hari pertama, kata peguam negara itu.

Sebagai contoh, katanya, kemungkinan sepuluh tahun diperlukan untuk menanamkan kesedaran dalam kalangan penjawat awam untuk berkhidmat kepada kerajaan semasa berbanding kepada parti politik tertentu seperti yang diamalkan 61 tahun lalu. 

“Tiga cabang kerajaan (kehakiman, eksekutif, perundangan) memerlukan pembaharuan besar-besaran dan saya akan tambah perkhidmatan awam, Suruhanjaya Pilihan Raya, akademik serta media kepada institusi berkenaan,” kata Thomas pada sebuah forum mengenai 100 hari pentadbiran PH di Kuala Lumpur semalam.

“Memang mustahil untuk mencapai pembaharuan sedemikian dalam tempoh 100 hari. Pembaharuan itu sangat besar,” katanya pada forum anjuran Persatuan Alumni Malaysia di London School of Economics (LSE) dan Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas).

Dalam manisfesto pilihan rayanya, Buku Harapan, PH menggariskan perubahan besar yang dilakukan terhadap negara sekiranya berjaya kerajaan Persekutuan.

Ini termasuk memulihkan prinsip pemisahan kuasa antara ketiga-tiga cabang kerajaan, membanteras rasuha dan salah guna kuasa serta menjadikan institusi utama seperti perkhidmatan awam dan penguatkuasaan undang-undang bebas daripada campur tangan politik.

Dalam manisfesto pilihan rayanya, Buku Harapan, PH menggariskan perubahan besar yang dilakukan terhadap negara sekiranya berjaya kerajaan Persekutuan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 26 Ogos, 2018.

PH mendakwa pentadbiran Barisan Nasional (BN) telah merosakkan institusi-intitusi ini sehingga merencat kebebasan awam dan demokrasi Malaysia.

Dalam manisfesto itu juga, PH menyenaraikan 10 janji yang akan dicapai dalam tempoh 100 hari pertama pentadbiran. Hanya dua yang berjaya dipenuhi - memansuhkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan menstabilkan harga petrol.

Enam daripada sepuluh janji itu sedang dilaksanakan manakala dua lagi ditangguhkan atas faktor kewangan yang terhad.

Pembaharuan jangka panjang seperti membersihkan reputasi perkhidmatan awam akan mengambil masa lebih daripada satu penggal, kata Thomas.

“Tolong jangan letak sasaran terlaltu tinggi kerana masih terlalu awal untuk kita menilai. Lebih realistik jika melihat prestasi mereka selepas lima tahun.”

Speaker Dewan Undangan Negeri Mohamad Ariff d Yusoff berkata untuk menjadi seneutral yang mungkin kepada semua pihak dalam Dewan Rakyat, semua jawatan yang dipegangnya dalam Amanah telah dilepaskan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 26 Ogos, 2018.

Seorang lagi peserta forum, Speaker Dewan Undangan Negeri Mohamad Ariff d Yusoff berkata beberapa pembaharuan dalam Parlimen sudahpun dilaksanakan.

Ini termasuk membentuk jawatankuasa Parlimen untuk memantau sektor terpilih seperti hak dan kesaksamaan gender, undang-undang dan belanjawan negara, kata Mohamad Ariff.

Beliau berkata, untuk menjadi seneutral yang mungkin kepada semua pihak dalam Dewan Rakyat, semua jawatan yang dipegangnya dalam Amanah telah dilepaskan.

Janji lain dalam manifesto yang sudah dipenuhi dalam 100 hari pentadbiran ialah mengasingkan portfolio kewangan daripada Pejabat Perdana Menteri dan memindahkan fungsi-fungsi seperti pengurusan pengangkutan awam ke kementerian bersesuaian, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Ong Kian Ming.

“Kami berharap masyarakat, pembangkang dan masyarakat sivil akan terus memastikan kami terus bertanggungjawab dan meningatkan kami supaya melaksanakan janji-janji tersebut, kerana hanya dengan cara itu ia akan dipenuhi.”  – 26 Ogos, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen