3 anggota ATM jadi pegawai pengiring hanya sementara, kata Hishammuddin


Kamles Kumar

Bekas menteri pertahanan Hishammuddin Hussein berkata tiga anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menjadi pegawai pengiringnya hanya berkhidmat untuk sementara waktu sahaja. – Gambar fail The Malaysian Insight, 25 Ogos, 2018. 

BEKAS menteri pertahanan Hishammuddin Hussein berkata tiga anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menjadi pegawai pengiringnya hanya berkhidmat untuk sementara waktu sahaja. 

Menerusi Twitter, Hishammuddin berkata mereka berkhidmat dengan keluarganya sejak hari pertama beliau menjadi menteri pertahanan pada 2013

Katanya, beliau sudah menawarkan mereka untuk bekerja dengannya dengan syarat letak letak jawatan dalam tentera.

“Mereka cukup rapat dengan saya sekeluarga dan telah berkhidmat sekian lama. Mereka dengan saya hanya sementara.

“Saya telah menawarkan kerja tetapi jika mereka terima maka mereka harus berhenti dari Angkatan Tentera Malaysia dengan serta-merta,” kata Hishammuddin.

Malaysiakini hari ini melaporkan bahawa dua anggota Pasukan Khas Laut (Paskal) dan seorang komando masih berkhidmat kepada Hishammuddin.

Dua anggota Paskal tersebut dilaporkan masih berkhidmat, masing-masing sehingga 2020 dan 2021.

Susulan itu Menteri Pertahanan Mohamad Sabu mengarahkan agar siasatan dijalankan berhubung perkara tersebut. – 25 Ogos, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen