Adakah Musa akan hadir majlis angkat sumpah hari ini?


Jason Santos

Speaker DUN Sabah Syed Abas Syed Ali mengesahkan perkara berkenaan ketika dihubungi The Malaysian Insight berkata, Musa Aman sepatutnya hadir untuk majlis angkat sumpah pada jam 2.30 petang ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 24 Ogos, 2018.

PERSIAPAN sedang dibuat di Dewan Undangan Negeri Sabah untuk majlis angkat sumpah bekas ketua menteri Musa Aman sebagai Adun Sungai Sibuga hari ini.

Speaker DUN Sabah Syed Abas Syed Ali mengesahkan perkara berkenaan ketika dihubungi The Malaysian Insight berkata, Musa yang dihendaki polis kerana ugutan jenayah sepatutnya hadir untuk majlis itu pada jam 2.30 petang ini.

Bagaimanapun, Syed Abas berkata beliau sendiri tidak pasti adakah Musa akan hadir majlis berkenaan kerana ketibaannya di Kota Kinabalu masih tidak disahkan.

“Kami bersiap sedia dengan andaian beliau akan datang dan majlis akan diteruskan,” katanya.

Beliau memaklumkan yang pihak ketiga mengesahkan Musa akan hadir.

“Kami tak pasti sama ada beliau akan datang tetapi itu yang dijanjikan, jika dia tak hadir kita akan buat lain kali,” katanya.

Musa mempunyai tempoh sehingga 11 September untuk angkat sumpah atau kerusi Sungai Sibuga akan dikosongkan dan pilihan raya kecil diadakan. – 24 Ogos, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen