Tercetus demi Malaysia, #UndiRabu kembali untuk pupuk perpaduan


Low Han Shaun

#UndiRabu, inisiatif rakyat sempena PRU14 itu merancang mengadakan Parti Merdeka untuk semua rakyat tanpa mengenal kaum, agama dan perbezaan yang selama ini memisahkan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 20 Ogos, 2018.

HAMPIR empat bulan lalu, selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan yang Rabu adalah hari membuang undi untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), sekumpulan rakyat Malaysia enggan mengalah hanya kerana hari mengundi jatuh pada hari bekerja. Mereka bertindak balas, menggunakan cara Malaysia, jadi ingkar yang pintar.  

Lahirlah inisiatif jana dana khayalak, #UndiRabu, apabila rakyat Malaysia menggembleng tenaga dan masa untuk mengumpul dana bagi membantu pengundi luar negara dan luar kawasan balik ke kawasan masing-masing- matlamatnya hanya satu untuk memastikan pada 9 Mei, setiap undi rakyat Malaysia bermakna.

Secara rasminya, #UndiRabu berjaya mengumpul RM190,000 untuk subsidi kos perjalanan pengundi pulang ke kawasan masing-masing, usaha ini juga mencetuskan banyak lagi inisiatif jana dana yang digerakkan rakyat biasa Malaysia bagi memastikan seramai mungkin pengundi dapat pulang mengundi.

Ratusan ribu lagi dipercayai berjaya dikumpul untuk menggerakkan pengundi seluruh negara malah dari luar negara untuk pulang dan melaksanakan tanggungjawab mengundi mereka.

Tetapi keindahan sebenar dan kesan terpenting #UndiRabu adalah bagaimana ia mencerminkan keupayaan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengenal kaum, agama dan latar belakang untuk berpadu dalam usaha menjunjung hak mereka.

Walaupun pergerakan #UndiRabu dimulakan sayap Pemuda Persekutuan Persatuan Cina, ia pantas berkembang menjadi pergerakan pelbagai kaum.

Kini setelah lebih 100 hari berlalu dan eurofia perubahan kerajaan juga nampaknya semakin surut, kumpulan itu kembali dengan penganjuran pergerakan yang sedikit berbeza- “Parti Merdeka” pada akhir bulan ini untuk untuk meraikan perpaduan rakyat Malaysia sepanjang pergerakan #UndiRabu.

Alzari ‘Joey’ Mahshar, salah seorang penggerak awal #UndiRabu berkata kumpulan itu sekarang sedang berbincang untuk menentukan tempat dan masa dan akan mengumumkan butiran lanjut majlis itu tidak lama lagi.

“Kami perlu berbincang dahulu, minggu ini kami tak lapang.  (Tetapi) Kami (mahu) akan mengadakan majlis berkelah di tempat yang semua orang pelbagai kaum boleh datang dan makan-makan,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Katanya, kumpulan itu mahu membuktikan yang rakyat biasa juga boleh menunjukkan semangat cintakan negara dan perpaduan sebenarnya melepasi batasan politik.

Bekas perdana menteri Najib Razak menyifatkan PRU14 sebagai “ibu semua pilihan raya”, dan ia menyaksikan 82.32% atau 12,299,514 pengundi daripada jumlah keseluruhan pengundi berdaftar sebanyak 14,940,624 keluar mengundi.

Jumlah ini adalah peningkatan keluar mengundi dibandingkan dengan pilihan raya 2008 sebanyak 84.84% atau hanya 11,127,147 keluar mengundi.

Alzary berkata “Parti Merdeka” itu akan jadi cara mengingatkan rakyat yang mereka boleh menyokong satu sama lain tanpa mengenal perbezaan politik.

“Harapan kami adalah untuk menunjukkan kepada rakyat Malaysia yang perpaduan boleh dicapai, yang kitab oleh berpadu pada bila-bila masa di mana-mana sahaja.” – 20 Ogos, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen