Orang Asli bina sekatan baharu


Sheridan Mahavera

Sekatan Kaleng di Gua Musang ini dimusnahkan sekumpulan lelaki membawa gergaji pada 4 Ogos lalu. – 17 Ogos, 2018.

AKTIVIS Orang Asli yang menentang syarikat dusun di Gua Musang, Kelantan menaikkan semula sekatan di jalan berlumpur dekat Kuala Betis selepas sekatan sama diruntuhkan pada dua minggu lalu.

Sekatan baharu di Kaleng, yang dibuat daripada batang besi dan kayu itu, mencetuskan ketegangan antara orang tempatan yang dipercayai bekerja dengan syarikat dusun.

Pengerusi Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan, Mustafa Along berkata sekatan Kaleng itu dinaikkan sekali lagi pada tengah malam 16 Ogos oleh aktivis yang sama yang menaikkan sekatan sebelum ini.

Sekatan itu didirikan di tempat yang sama di mana sekumpulan lelaki membawa gergaji memusnahkan sekatan tersebut pada 4 Ogos.

“Pada jam 4.40 pm hari ini, lima kenderaan pacuan empat roda bergerak ke arah sekatan. Dari dialek yang dituturkan mereka, kami rasa mereka penduduk kampung dari Kuala Betis,” katanya kepada The Malaysian Insight. – 17 Ogos, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen