Penyokong Najib kesal tidak dibenarkan masuk mahkamah


SM Amin

Pemimpin kumpulan penyokong Najib Razak, Lookman Noor Adam bercakap kepada media di perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 8 Ogos, 2018.

PEMIMPIN kumpulan penyokong Najib Razak, Lokman Noor Adam menyelar tindakan yang enggan membenarkan mereka masuk ke perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

Bekas pegawai kanan badan propaganda Jabatan Hal Ehwal Khas dalam pentadbiran Najib itu mendakwa, tindakan polis itu bertentangan dengan amalan demokrasi negara.

Beliau juga mendakwa, kerajaan Pakatan Harapan (PH) semakin terdesak sehingga perkarangan mahkamah yang merupakan kawasan awam telah menjadi kawasan larangan.  

“Hari ini perkarangan mahkamah kita lihat sudah menjadi kawasan larangan kepada penyokong-penyokong Najib untuk memberikan sokongan moral kepada beliau kerana hari beliau mempunyai tiga pertuduhan tambahan. 

“Bukan bilik perbicaraan, tetapi melepasi pintu gerbang sahaja. Kita tidak dibenarkan buang air kecil pun di dalam sana, tidak dibenarkan melepasi pagar masuk,” katanya kesal kepada media di luar perkarangan kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. 

Dalam kejadian 4 Julai lalu, kumpulan penyokong Najib yang diketuai Lokman mencetus kekecohan bagi membantah tindakan Peguam Negara Tommy Thomas yang mengadakan sidang media dalam bahasa Inggeris selepas selesai proses pendakwaan. 

Mengulas mengenai perkara itu, Lokman menafikan tindakan penyokong Najib itu adalah cubaan untuk mengganggu Tommy sebaliknya mempertahankan kepentingan negara. 

“Kami tidak mengganggu peguam negara. Kami hanya mempertahankan kepentingan nasional kerana peguam negara tidak boleh menjalankan sidang media dalam bahasa Melayu,” katanya. – 8 Ogos, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • Lantak pi lah labu.

    Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Mesoll Mohd · Ulasan

  • Lantak pi lah labu.

    Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Mesoll Mohd · Ulasan

  • Lantak pi lah labu.

    Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Mesoll Mohd · Ulasan

  • Lantak pi lah labu.

    Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Mesoll Mohd · Ulasan