Penduduk Shah Alam mahu hukuman sebat


Diyana Ibrahim Melati A. Jalil

LANGKAH Kelantan sebagai negeri pertama mengenakan undang-undang Syariah iaitu hukuman sebat di khalayak ramai di sokong segelintir masyarakat yang tidak menolak ia boleh diikuti negeri lain.

Pelaksanaan tersebut bukan sahaja dipuji malah dipertahankan kebanyakkan menteri dan mufti dengan menyatakan hukuman tersebut hanya untuk masyarakat Islam.

Bagi penduduk yang tinggal dan bekerja di Shah Alam iaitu sebuah bandar yang hampir menyerupai Kota Bharu, Kelantan, rata- rata yang ditemui The Malaysian Insight menyambut baik Rang Undang-undang (RUU) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017) pada 11 Julai lalu yang antaranya membolehkan hukuman sebat dilakukan di khalayak ramai.

Mereka juga bersetuju Selangor atau Malaysia secara amnya melaksanakan hukuman sebat atas kesalahan jenis Syariah.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah berkata, pemilihan tempat yang terbuka dan sesuai adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah. 

Beliau berkata, RUU itu merupakan sebahagian daripada persiapan untuk melaksanakan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) yang sudah dibentangkan jika diluluskan di Parlimen kelak.

Muhammad Zaidi Rosli, 29, berkata objektif hukuman sebat di khalayak ramai ialah sebagai pengajaran kepada orang ramai supaya jenayah itu tidak dilakukan berulang kali.

“Saya okay saja kalau Kelantan nak buat hukuman sebat ni, sebab akan dapat dijadikan pengajaran. Kalau kita  tidak melakukan perkara salah, jadi tak perlu kita takut. Saya setuju dengan konsep ini,” katanya.

Seorang pesara yang  tinggal di Shah Alam sejak tahun 1985 berkata, hukuman sebat merupakan sebahagian daripada undang-undang Islam yang wajib dilaksanakan.

Mendidik atau mengaibkan?

Bagaimanapun, Kamalia Ramlan, 30, yang ragu-ragu dengan langkah Kelantan mengatakan ia bukan masa yang sesuai untuk melaksanakan hukuman sebat di khalayak awam.

Menurutnya yang paling penting ialah mendidik orang ramai selain pihak berkuasa agama perlu mengkaji semula isu yang memberi kesan kepada masyarakat Islam dan kenapa mereka melakukan kesalahan tersebut.

“Dan masyarakat kini sangat menghakimi sesuatu. Saya tidak tahu kesan hukuman sebat ini kepada masyarakat kerana mereka ini kuat menghakimi orang.

“Dan saya tidaklah menolak hukuman tersebut, hanya kerana saya menentang (pelaksanaan kini) tapi saya tak bersetuju kerana  sepatutnya kita perlu tahu masalah sebenarnya kenapa ada yang sanggup melakukan kesalahan menyalahi undang- undang.”

‘Sebahagian daripada Islam’

Pakar hubungan antara etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Mansor Mohd Noor berkata sama ada seseorang itu adalah orang Islam di bandar atau luar bandar, undang-undang Islam dan hukuman sebat di khalayak ramai adalah bahagian penting dalam Islam.

Pandangan sedemikian mungkin antara sebab mengapa ramai menyokong pindaan RUU 355 untuk menambah baik hukuman Syariah walaupun mereka tinggal di bandar.

“Dalam budaya agama dan Asia, khalayak (hukuman) adalah untuk memalukan pesalah dan ia dilihat sebagai cara yang berkesan untuk menghalang tingkah laku jenayah di masa depan.”

Mansor berkata, pengaruh revolusi Iran pada akhir 1970-an yang menjadi negara Islam pertama di dunia mengubah cara Islam diamalkan sebagai cara hidup. Di sebalik pemodenan, umat Islam Malaysia masih memikir dan mempraktikkan kepercayaan mereka dalam identiti etnik dan agama.

“Sekiranya kita menuduh orang Melayu yang menyokong RUU 355, hudud dan hukuman sebat di depan khalayak awam tidak bertoleransi dalam agama, apakah beza di antara mereka dengan keterlaluan orang Cina berbahasa Mandarin dalam DAP dan komuniti Cina, begitu juga kaum India,” katanya.

Tambah Mansor, dialog antara agama di kalangan rakyat Malaysia perlu diadakan supaya rakyat memahami apa itu hukuman Syariah.

“Oleh kerana setiap kumpulan etnik mempunyai tafsiran mereka sendiri tentang agama, rakyat Malaysia sepatutnya mempunyai lebih banyak dialog agama dan apabila terdapat perselisihan, mereka harus menggunakan mediasi dan tidak mempolitikkan agama,” katanya.

Pensyarah Kanan di Jabatan Sosio-Kebudayaan di Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya, Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata umat Islam di bandar mungkin menyokong idea sebat di khalayak awam sebagai fungsi pendidikan dan pencegahannya.

Ini tidak begitu berbeza daripada undang-undang penalti barat di mana hukuman korporat dituntut untuk kesalahan tertentu.

“Sebab itulah negara seperti kita, Brunei dan Singapura mempunyai hukuman sebatan,” kata Awang Azman, sambil menambah hukuman sebatan pertama diperkenalkan British di negara ini pada abad ke-19.

“Mereka yang menyokong hukuman sebat di khalayak umum tidak semestinya menyokong hudud. Mereka hanya mahukan hukuman lebih berat yang dikenakan kepada pesalah untuk menanamkan rasa takut dan mendidik pesalah,” katanya. – 24 Julai, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen