Kelantan perkenal hukuman sebatan di khalayak


KELANTAN hari ini meluluskan undang-undang negeri yang membenarkan pesalah disebat di khalayak berikutan pindaan Rang Undang-Undang Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (pindaan 2017) yang dicadangkan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Kelantan, Nassuruddin Daud, lapor New Straits Times.

“Dengan pindaan ini, pesalah boleh dikenakan hukuman di khalayak atau penjara bergantung kepada keputusan mahkamah, kata Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah dan menambah hukuman sebat sebelum ini dijalankan di penjara dalam bilik, tertutup.

“Ini adalah mengikut agama. Dalam Islam hukuman mesti dijalankan di khalayak,” katanya hari ini.

Menurut laporan itu Nassuruddin berkata, antaranya ia sudah berusia 15 tahun dan perkembangan moden begitu cepat bagi menangani isu perundangan.

“Antara pindaan yang dibuat ialah pengenalan hukuman sebat di khaayak dan penerimaan rakaman video dan alat elektronik lain sebagai bukti pada perbicaraan mahkamah.

“Pindaan lain adalah teknikal seperti cara hukuman sebat itu dijalankan,” katanya. – 12 Julai, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen