Walau tewas Sungai Kandis, BN dapat manfaat menerusi kerjasama PAS


Chan Kok Leong

Walaupun PKR menangi PRK Sungai Kandis menerusi calonnya Mohd Zawawi Ahmad Mughni, tetapi penganalisis politik berkata peratusan undi untuk BN naik, apabila PAS tidak bertanding. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 5 Ogos, 2018.

KEPUTUSAN PAS tidak bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis nampaknya berbaloi untuk Barisan Nasional (BN) yang menyaksikan peratusan undi meningkat di beberapa daerah mengundi, walaupun tewas.

Analisis awal di tiga daerah mengundi – Kg Jawa, Bandar Putri Klang dan Kg Bukit Naga – menunjukkan BN mendapat pertambahan undi dengan ketiadaan parti Islam itu.

Di kawasan Melayu di Kg Jawa, undi BN menerusi Ahli Majlis Tertinggi Umno Lokman Noor Adam meningkat daripada 19.7% kepada 30.5%, sementara calon PKR untuk Pakatan Harapan (PH) naik sedikit daripada 64.1% kepada 68.7%.

Pada PRU14, PAS mendapat 15.6% undi di Kg Jawa.

Di Bukit Naga, BN memperoleh daripada 36.9% kepada 53.6%, sementara PKR 40.4% kepada 46% dalam PRK semalam. PAS pada PRU14 mendapat 22.6% undi di daerah mengundi itu.

Mungkin, pengundi bukan Melayu di Bukit Putri Klang, di mana tanpa kehadiran PAS, PAS jatuh sedikit daripada 77.6% kepada 75.1%, sementara BN menggandakan peratusannya daripada 12.4% kepada 23.9%.

Penganalisis politik daripada Penang Institute Dr Wong Chin Huat berkata walaupun keputusan itu sudah dijangka, tetapi ia memberi nasib baik kepada PH.

“Jika pengundi PAS dan BN semuanya keluar mengundi, Umno mungkin dapat sekitar 20,000 undi. Tetapi keputusan menunjukkan ia dapat kurang daripada 50%, berbanding PH, yang hanya turun 36% (daripada 23,998 to 15,427).”

Katanya, walaupun ketidakhadiran PAS memberi kejayaan kepada BN, tetapi kesannya kepada retorik agama dan kaum agak teruk, melihat kepada jumlah pengundi bukan Melayu di kawasan itu.

Pengundi di Sungai Kandis terdiri daripada 72% Melayu, 16% India dan 12% Cina.

“Pengundi pantai barat mungkin rasa politik seperti itu tidak menarik, dan tiada ada keperluan untuk mengundi parti seperti itu hanya untuk protes. Maka, Umno mungkin perlu memikirkan semula kedudukannya,” kata Wong.

“Lebih banyak bermain dengan kebimbangan orang Melayu mungkin sekadar mengesahkan bahawa mereka terdesak di mata pengundi Melayu.”

Jumlah pengundi rendah

Walaupun calon PH, Mohd Zawawi Ahmad Mughni menang PRK itu dengan 5,842 undi majoriti, jumlah pengundi keluar mengundi yang rendah memberi isyarat bahawa rakyat bosan dengan pilihan raya.

PRK Sungai Kandis merekodkan 49.4% jumlah pengundi, peratusan paling rendah, lebih rendah berbanding 46% yang dicatatkan dalam PRK Penanti di Pulau Pinang pada 2009.

“Saya rasa pengundi letih dengan pilihan raya,” kata pensyarah sains politik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar.

Mengenai kempen untuk PRK Sungai Kandis, beliau berkata PKR agak kelihatan ambil ringan dengan PRK itu.

“Juga saya fikir kedua-dua pihak tidak dapat menggerakkan pengundi mereka.”

Katanya, PAS juga lewat mengarahkan ahlinya untuk mengundi BN.

Walaupun parti Islam itu tidak berkempen bersama BN, setiausaha agungnya Takiyuddin Hassan memberi arahan supaya ahli tidak menyokong PH pada PRK itu.

Sehari sebelum mengundi pula, Ketua PAS Kota Raja Mohamed Diah Baharun memberitahu ahli parti supaya mengundi untuk BN. – 5 Ogos, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • Rata-rata rakyat tidak lagi melihat Umno sebagai pejuang nasib, malah gagal menarik minat golongan Melayu muda dan profesional. BN perlu menyelesaikan isu paling utama menyelubungi Umno iaitu kesahihan. Seperti kata orang, ada hikmah di sebaliknya, maka mungkin peristiwa ini menjadi petanda yang pertama dan yang paling jelas suatu perubahan serius mesti dipertimbangkan.

    Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Aleeya sya · Ulasan