CALON Pakatan Harapan (PH) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis, Zawawi Ahmad Mughni tiba awal di Sekolah Kebangsaan Jalan Kebun, Shah Alam pagi ini untuk membuang undi.
Ditemani isterinya, Azlina Abdul Razak, pasangan itu mengundi pada jam 9.05 pagi tadi.
Sebelum meninggalkan pusat mengundi, Zawawi turut menggesa pengundi di kawasan itu keluar mengundi awal.
“Saya menggesa semua pengundi mengundi awal. Lebih awal kerana saya bimbang cuaca mungkin berubah petang nanti,” katanya yang lebih mesra dengan panggilan Ustaz Zawawi.
PRK itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Zawawi, Lokman Adam daripada Barisan Nasional dan calon bebas K Murthy.
PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya, Mat Shuhaimi Shafiei pada 2 Julai, akibat kanser. – 4 Ogos, 2018.
Komen
Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Aleeya sya · Ulasan