Shafie Apdal ziarah jenazah Mahadzir Lokman


Jason Santos

Ketua Menteri Sabah Mohd Shafie Apdal hadir bersama isteri pada jam 1.55 tengah hari. – Gambar The Malaysian Insight, 3 Ogos, 2018.

KETUA Menteri Sabah Mohd Shafie Apdal melawat jenazah Mahadzir Lokman di Hospital Queen Elizabeth hari ini.

Beliau ditemani isterinya, Suryani Shuaib.

Presiden Parti Warisan Sabah itu tiba di pada jam 1.55 tengah hari tadi dan terus ke Unit Patalogi Hospital Queen Elizabeth meninggalkan hospital pada jam 2.13 petang.

Seorang rakan rapat menemui bekas penyampai berita TV3 itu tidak sedarkan diri di bilik hotelnya pada kira-kira 9.30 pagi tadi. Beliau kemudiannya diisytiharkan meninggal dunia oleh seorang doktor.

Mahadzir dan keluarga rakannya mendaftar masuk Hotel Shangrila Tanjung Aru pada Selalsa.

Beliau dilaporkan kali terkahir dilihat oleh rakannya pada jam 10.40 malam tadi.

Polis berkata rakannya itu menghantar mesej “selamat pagi” menerusi aplikasi WhatsApp pada jam 5 pagi tadi.

Difahamkan, Mahadzir dijadualkan akan mengacara sebuah majlis di hotel berkenaan malam ini. – 3 Ogos, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen